info

Ubuntu Kini Mempunyai Logo Baharu

Logo Ubuntu diperbaharui. Ia masih menggunakan lambang Circle of Friends (CoF), tetapi tidak lagi berada dalam bulatan. Sebaliknya, ia kini ditempatkan di bahagian bawah segi empat tempat berwarna jingga.

Mengapa logo ditukar? Kali terakhir Ubuntu menjalani penjenamaan semula adalah pada tahun 2010. Tetapi Canonical memberi alasan memandangkan Ubuntu dan teknologi yang menyokongnya berevolusi dari semasa ke semasa, maka begitu juga dengan jenama yang mewakilinya.

Logo baru Ubuntu telah direka oleh orang yang sama pada rombakan 2010, iaitu Marcus Haslam. Logo ini akan digunakan secara rasmi dalam rilisan Ubuntu akan datang, versi 22.04 LTS yang dijadualkan pada 21 April.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Articles

Back to top button