SKK : Pemberian Bantuan RM1000 merupakan insentif tambahan yang diberikan kepada penerima STR bagi sesi tahun 2024. Inisiatif khas ini adalah sebahagian bantuan di bawah Belajawan tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat.
SKK : PEMBERIAN BANTUAN RM1000
Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa penyediakan SKK adalah lanjutan daripada Program Sumbangan Tunai Rahmah. Pemberian Skim Khairat Kematian ini adalah sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada rakyat terutama penerima STR.
Bantuan tambahan istimewa RM1000 SKK ini adalah bantuan kewangan berbentuk tunai di bawah kendalian STR yang disediakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Tuntutan SKK bernilai RM1,000 one-off ini boleh dilakukan oleh penerima STR bagi kategori isi rumah dan warga emas tiada pasangan. Dengan adanya insentif tambahan ini dapat membantu meringankan ahli keluarga sekiranya berlaku musibah.
KELAYAKAN BANTUAN SKK RM1000
Antara kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi tuntutan bantuan SKK RM1000 ini adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Penerima STR bagi kategori isi rumah, warga emas bujang/ tiada pasangan
- Meninggal dunia pada tahun 2024 (1 Januari – 31 Disember)
- Skim Khairat Kematian (SKK) layak dituntut oleh waris yang telah didaftarkan jika pemohon atau pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia
- Waris yang berdaftar dalam borang permohonan STR sahaja boleh membuat tuntutan
- Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak.
PANDUAN MOHON & TUNTUTAN BANTUAN SKK 2024
Kepada yang berkelayakan, permohonan dan tuntutan boleh dilakukan sepanjang tahun ini di mana-mana cawangan BSN berdekatan. Panduan mohon dan butiran lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – SKK 2024
Kepada pewaris yang ingin membuat tuntutan SKK jang lupa sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti :
- Asal/ salinan sijil kematian yang telah dikeluarkan oleh pihak JPN
- Asal/ salinan kad pengenalan/ sijil lahir waris
- Sebarang dokumen pembuktian pertalian antara waris dan si mati (pemohon/ pasangan).
MAKLUMAT LANJUT
Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post SKK : Pemberian Bantuan RM1000 Untuk Penerima STR 2024 appeared first on Carianterbaru.