InfoKWSPPengeluaran PenuhPengeluaran sebahagianRasmi

Rasmi : Senarai Pengeluaran KWSP Melalui Akaun 1 & Akaun 2

Rasmi : Senarai Pengeluaran KWSP Melalui akaun 1 dan akaun 2 yang dibenarkan telah dimaklumkan dan boleh dilakukan pada tahun 2024. Untuk makluman, pihak KWSP telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan pengeluaran bagi memberi manfaat kepada para pencarum.

RASMI : SENARAI PENGELUARAN KWSP

Tahukah kalian sebenarnya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memperkenalkan beberapa jenis kategori pengeluaran yang boleh dilakukan. Ahli KWSP boleh keluarkan wang mereka secara sebahagian atau sepenuhnya melalui akaun 1 dan akaun 2 selagi menepati kelayakan.

Tujuan utama pihak KWSP menyediakan pelbagai kemudahan ini adalah untuk mengurangkan beban serta memberi manfaat kepada ahli. Di dibawah disediakan senarai pengeluaran KWSP yang dibenarkan melalui akaun 1 dan akaun 2 pada tahun ini.

SENARAI PENGELUARAN KWSP – MENCAPAI UMUR MATANG

Kepada ahli KWSP yang telah mencapai umur 55 tahun, caruman akaun 1 dan 2 akan di sekalikan ke dalam akaun 55. Mereka boleh membuat pilihan mengeluarkan kesemua atau sebahagian simpanan pada bila-bila masa.

Sekiranya ahli KWSP membuat pilihan terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman selepas itu akan dimasukkan ke dalam akaun emas. Simpanan hanya boleh dikeluarkan setelah umur mencapai angka 60 tahun.

PENGELUARAN KWSP – HILANG UPAYA

Kemudahan ini amat penting, jika berlaku sebarang musibah (kehilangan upaya) secara mental atau fizikal sehingga menjejaskan pekerjaan. KWSP membenarkan pengeluaran penuh dari simpanan akaun 1 dan akaun 2.

Bukan itu sahaja, KWSP juga akan memberi insentif sumbangan RM5,000 sebagai bantuan hilang upaya untuk meringankan beban ahli.

MENINGGAL DUNIA & MENIGGALKAN NEGARA

Kepada ahli yang meninggal dunia, waris mereka boleh membuat pengeluaran kesemua simpanan KWSP sekaligus. Pihak KWSP amat menyarankan setiap pencarum membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat mengeluarkan simpanan tanpa sebarang kesulitan.

Bagi ahli KWSP yang memilih untuk meninggalkan negara untuk tujuan berhijrah ke negara lain, mereka layak untuk membuat pengeluaran penuh simpanan KWSP.

PANDUAN MOHON PENGELUARAN KWSP 2024

Kepada ahli yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan pengeluaran untuk tujuan peribadi tertentu boleh dilakukan pada tahun ini. Panduan lengkap cara mohon dan butiran penuh telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – KWSP 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk rujukan.

The post Rasmi : Senarai Pengeluaran KWSP Melalui Akaun 1 & Akaun 2 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button