BANTUANInfoPemberianRayaSumbangan

Pemberian Sumbangan Bantuan Raya RM500 Dikreditkan One-Off

Pemberian Sumbangan Bantuan Raya berjumlah RM500 telah mula dikreditkan ke dalam akaun penerima secara one-off. Untuk makluman umum, inisiatif khas ini merupakan sebahagian bantuan yang dibayar pada bulan April 2024.

PEMBERIAN SUMBANGAN BANTUAN RAYA 2024

Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan perlaksanaan bantuan khas kewangan aidilifitri pada minggu lalu. Program pemberian sumbangan bantuan tambahan ini adalah bersempena menyambut hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Semasa menyampaikan ucapan di Majlis perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM). Perdana Menteri telah memaklumkan pemberian bantuan bernilai RM250 dan RM500 dikreditkan kepada mereka yang terlibat.

SENARAI PENERIMA SUMBANGAN BANTUAN RAYA

Bantuan istimewa sempena raya ini akan melibatkan para penjawat awam dan pesara pada tahun ini. Kadar bayaran bantuan telah ditetapkan mengikut kategori seperti berikut :

  • Kategori semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk berstatus lantikan kontrak : RM500
  • Kategori semua pesara kerajaan termasuk berstatus veteran berpencen dan tidak berpencen : RM250

Nota : Kepada pegawai yang bercuti dengan bergaji penuh, separuh gaji, tanpa gaji dan pegawai yang dipinjamkan. Mereka turut layak menerima insentif sumbangan bantuan aidilfitri 2024.

TARIKH BAYARAN PEMBERIAN BANTUAN RAYA

Pihak kerajaan telah mentetapkan tarikh pembayaran bantuan khas raya ini pada 5 April 2024. Pengkreditan ke dalam akaun bank akan dilakukan secara berperingkat sehingga selesai dibayar kepada penjawat awam seluruh negara.

KERAJAAN NEGERI UMUM BANTUAN RAYA

Untuk maklumat tambahan, terdapat beberapa negeri telah melaksanakan pemberian bantuan khas kewangan raya kepada penjawat awam negeri. Antara negeri yang awal umumkan adalah Pulau Pinang dengan kadar bayaran minima RM1,200 atau sebulan gaji.

Kerajaan negeri Perak pula menyalurkan bantuan aidilfitri pada kadar RM1,000 dan ketua kampung mengikut kawasan. Manakala kerajaan negeri Kelantan memberikan bayaran bonus raya kepada penjawat awam sebanyak RM500 seorang.

Pada sidang Belanjawan 2024 , kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah disediakan kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

The post Pemberian Sumbangan Bantuan Raya RM500 Dikreditkan One-Off appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button