BANTUANMySTRTarikh Pembayaran

MySTR : Tarikh Bayaran Bantuan Tunai Mengikut Fasa

MySTR : Tarikh Bayaran Bantuan Tunai telah diumumkan oleh pihak kerajaan yang akan disalurkan secara berperingkat pada tahun ini. Untuk makluman, pemberian inisiatif berbentuk bantuan kewangan ini merupakan sebahagian insentif di bawah Belanjawan 2024.

MYSTR : TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI

Kementerian kewangan telah memperkenalkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun lalu yang membabitkan kategori bujang, isi rumah dan warga emas. Tahun ini adalah merupakan tahun kedua perlaksanaan program bantuan tunai STR disalurkan.

Jumlah bayaran bantuan STR pada tahun ini tidak termasuk insentif SARA adalah sehingga RM2,500. Amaun keseluruhan tertakluk kepada kategori kelayakan dan bilangan tanggungan anak setiap isi rumah.

Pihak kerajaan telah memaklumkan jadual pembayaran bantuan tunai STR ini diagihkan melalui 4 fasa. Tarikh pembayaran STR yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Pembayaran STR fasa pertama – Bermula 29 Januari 2024
  • Pembayaran STR fasa kedua – Bermula 5 April 2024
  • Pembayaran STR fasa ketiga – Bermula Ogos 2024 (Tarikh akan dikemaskini)
  • Pembayaran STR fasa keempat – Bermula November 2024 (Tarikh akan dikemaskini)

KADAR BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA KETIGA

Buat masa ini masih belum ada maklumat rasmi berkenaan kadar jumlah bayaran bagi fasa berikutnya dan akan dikemaskini selepas pengumuman dari pihak kementerian kewangan. Dibawah dikongsikan informasi berkenaan jumlah bayaran keseluruhan STR tahun ini mengikut kategori.

Kategori Isi Rumah/ Keluarga B40 (Pendapatan RM2,500)

  • Bilangan anak (0) – RM1,000
  • Bilangan anak (1-2) – RM1,500
  • Bilangan anak (3-4) – RM2,000
  • Bilangan anak (5 keatas) – RM2,500

Isi Rumah/ Keluarga M40 (Pendapatan RM5,000)

  • Bilangan anak (0) – RM500
  • Bilangan anak (1-2) – RM750
  • Bilangan anak (3-4) – RM1,000
  • Bilangan anak (5 keatas) – RM1,250

Warga Emas & Belia Bujang

  • Warga emas tiada pasangan – RM600
  • Belia Bujang – RM350

CEK STATUS BAYARAN MYSTR & KEMASKINI MAKLUMAT

Kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah, anda boleh membuat semakan status bayaran dan kemaskini maklumat. Untuk semakan sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – MySTR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan bagi mengurangkan beban rakyat terutama golongan terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post MySTR : Tarikh Bayaran Bantuan Tunai Mengikut Fasa appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button