STR : Bantuan fasa 3 akan mula dikreditkan pada 18 hingga 20 September ini kepada penerima baharu dan lulus rayuan. Langkah ini diambil untuk memastikan bantuan kewangan sampai kepada mereka yang memerlukan, terutamanya penerima baharu dan mereka yang telah membuat rayuan.
Rakyat Malaysia yang merupakan penerima sedia ada telah menerima Bantuan Fasa 3 pada 29 Ogos hingga 6 September 2024.
STR : Bantuan Fasa 3 (Pengkreditan Kali Kedua)
Untuk makluman umum, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa ketiga ini dilaksanakan secara 2 kali bayaran. Kepada penerima sedia ada telah selesai dikreditkan dan mereka yang berstatus penerima baharu akan dapat bantuan mulai 18 September ini.
Proses pengkreditan untuk Bantuan Fasa 3 akan dilaksanakan secara berperingkat. Penerima diminta untuk memastikan maklumat bank mereka adalah tepat bagi mengelakkan sebarang ketidakselesaan atau kelewatan.
Bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank, pengambilan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat disediakan.
Mengemukakan Permohonan Baharu & Rayuan Bantuan STR
Bagi mereka yang layak untuk menerima bantuan tetapi belum lagi menerimanya, masih terdapat peluang untuk mengemukakan rayuan. Rayuan boleh dibuat secara atas talian melalui portal rasmi atau di pejabat LHDN terdekat.
Penting untuk disertakan semua dokumen yang diperlukan bagi melancarkan proses rayuan dan memastikan bantuan dapat dikreditkan dengan segera.
Bantuan tunai STR ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat Malaysia. Bantuan ini sangat penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat terjamin, terutamanya dalam tempoh yang penuh dengan ketidakpastian ini.
Penerima adalah digesa untuk menggunakan bantuan yang diterima dengan bijak bagi keperluan asas dan perbelanjaan penting.
Kadar Bayaran Bantuan STR Fasa 3
Berikut adalah kadar bayaran bagi bantuan tunai STR fasa 3 mengikut kategori :
- RM150 – RM650 : Kategori isi rumah B40
- RM150 – RM300 : Kategori isi rumah M40
- RM150 : Kategori warga emas tiada pasangan
- RM50 : Belia bujang 21 tahun keatas.
Kemaskini & Semakan Status Bayaran STR 2024
Seluruh rakyat Malaysia boleh membuat permohonan baharu, semakan status dan kemaskini maklumat Sumbangan Tunai Rahmah sepanjang tahun ini. Untuk rujukan, sila layari laman pautan rasmi – MySTR 2024
Maklumat Lanjut
Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lanjut.
The post STR : Bantuan Fasa 3 Dikreditkan Mulai 18 September Ini appeared first on Carianterbaru.