BANTUANSentuhan Kasih

Program Sentuhan Kasih Rakyat – Bantuan RM300 Sebulan

Program Sentuhan Kasih Rakyat – Kerajaan Negeri Sabah telah memperkenalkan satu inisiatif penting bagi membantu rakyat yang memerlukan. Perkaran ini telah diumumkan pada sidang belanjawan 2025 dan dilihat sebagai langkah proaktif dalam menangani isu kemiskinan, khususnya untuk golongan miskin tegar.

PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT 2025

Baru-baru ini, sebuah program bantuan tunai bulanan telah diperkenalkan khusus membasmi kemiskinan penduduk tempatan. Dengan peruntukan sebanyak RM358.5 juta, program ini bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan yang diperlukan oleh mereka yang dalam kesulitan.

Program ini menawarkan bantuan bulanan sebanyak RM300 kepada individu yang layak selama setahun. Langkah ini diambil untuk memastikan rakyat dapat memenuhi keperluan asas mereka tanpa perlu bimbang mengenai kekangan kewangan.

Kerajaan negeri mensasarkan sekitar 100,000 penerima yang berkelayakan akan mendapatkan manfaat daripada insentif khas ini.

Bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan dan meningkatkan taraf hidup golongan sasar. Dengan penyaluran bantuan secara bulanan, mereka dapat merancang perbelanjaan keluarga dengan lebih baik.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT

Berikut adalah kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi penerima bantuan khas bulanan RM300 ini :

  • Warganegara Malaysia
  • Anak negeri Sabah
  • Berumur 18 tahun dan keatas
  • Berada dalam kelompok miskin dan miskin tegar.

Inisiatif ini pastinya merupakan satu langkah positif dalam membantu meringankan beban rakyat di Sabah, serta mempromosikan kesejahteraan sosial. Dengan adanya program Sentuhan Kasih Rakyat, kerajaan negeri menunjukkan komitmen mereka dalam membela kepentingan masyarakat terutamanya bagi golongan miskin.

Diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi impak yang signifikan kepada kehidupan rakyat yang memerlukan sokongan. Tarikh pembayaran sumbangan bantuan khas ini akan mula disalurkan pada Februari 2025.

Kepada rakyat negeri Sabah, anda boleh membuat semakan lebih terperinci maklumat berkenaan program dan inisiatif yang disediakan kerajaan negeri. Untuk semakan sila kunjungi laman rasmi – https://sabah.gov.my/ sebagai rujukan.

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan bagi membantu rakyat yang terjejas pada tahun ini. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui lebih informasi.

Program Sentuhan Kasih Rakyat – Bantuan RM300 Sebulan .

Related Articles

Back to top button