BANTUANFASA 3KewanganSTR 2025

Pembayaran STR Fasa 3 : Semakan Jadual & Jumlah Bantuan

Pembayaran STR Fasa 3 adalah inisiatif penting yang dirancang oleh kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan. Dijangkakan akan disalurkan pada bulan Ogos 2025 secara berperingkat, program ini bertujuan untuk memberikan bantuan kewangan kepada individu dan isi rumah yang benar-benar memerlukan sokongan.

Seperti fasa sebelumnya, terdapat kemungkinan pembayaran akan diawalkan, dan semua informasi berkaitan tarikh akan dikemas kini secara berkala.

PEMBAYARAN STR FASA 3 2025

Untuk makluman umum, program STR pada tahun ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 9 juta penduduk Malaysia. Sumbangan Tunai Rahmah adalah merupakan salah satu inisiatif dibawah Belanjawan 2025.

Bantuan kewangan ini diberikan kepada pelbagai kategori penerima, termasuk bujang, isi rumah, dan warga emas. Dengan kadar sebanyak RM2,500 yang akan disalurkan melalui empat fasa sepanjang tahun ini, diharapkan semua yang layak dapat memanfaatkan bantuan ini untuk meringankan beban kewangan mereka.

Proses pengagihan yang terancang ini merupakan langkah positif dalam membantu golongan yang terjejas oleh situasi ekonomi semasa. Pembayaran STR Fasa 3 nanti akan melibatkan semua kategori dari golongan B40 dan M40.

SEMAKAN JADUAL PEMBAYARAN STR MENGIKUT FASA

Seperti yang telah dimaklumkan Kementerian Kewangan, berikut adalah jadual asal bayaran Sumbangan Tunai Rahmah sesi 2025 :

  • Fasa pertama : Disalurkan pada Januari 2025
  • Fasa kedua : Disalurkan pada April 2025
  • Fasa ketiga : Disalurkan pada Ogos 2025
  • Fasa keempat : Disalurkan pada November 2025.

Nota : Setiap fasa melibatkan kadar bayaran yang berbeza mengikut kelayakan kategori. Penerima boleh membuat kemaskini maklumat terkini sepanjang tahun ini.

PROSES JUMLAH BAYARAN STR 2025

Proses pembayaran untuk Sumbangan Tunai Rahmah ini dijadualkan secara berperingkat dan setiap penerima akan menerima jumlah yang ditetapkan mengikut kelayakan mereka. Pihak berkuasa yang berkaitan akan memastikan semua informasi mengenai tarikh dan cara penerimaan bantuan disampaikan kepada orang ramai dalam masa terdekat.

Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman web rasmi – MySTR 2025 atau saluran komunikasi yang ditetapkan. Dengan itu, penerima dapat merancang kewangan dengan lebih baik untuk masa hadapan.

INFO SELANJUTNYA

Kerajaan MADANI telah menyediakan pelbagai program, kemudahan dan insiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Pembayaran STR Fasa 3 : Semakan Jadual & Jumlah Bantuan appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button