BANTUANFASA 3MySTRMySTR 2024SumbanganTunaiRahmah

MySTR Fasa Ke-3 : Semakan Status & Tarikh Bayaran Bantuan

MySTR Fasa Ke-3 : Pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah fasa berikutnya akan dilaksanakan pada bulan Ogos tahun ini. Untuk makluman umum, inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini merupakan sebahagian insentif di bawah Belanjawan 2024.

PEMBERIAN BANTUAN MYSTR FASA KE-3

Seperti sedia maklum, pembayaran bagi bantuan tunai STR fasa pertama (1) dan fasa kedua (2) telahpun selesai di bayar pada bulan Januari dan April lalu. Pemberian bantuan tunai fasa berikutnya iaitu ketiga (3) akan disalurkan pada bulan Ogos 2024.

Pada tahun ini kerajaan telah menaikkan kadar jumlah keseluruhan MySTR kepada RM3,700 berbanding RM3,100 tahun lalu. Baki bayaran akan dikreditkan pada bulan Ogos dan November nanti berdasarkan kadar yang telah ditetapkan mengikut kategori.

TARIKH BAYARAN MYSTR FASA KE-3

Buat masa ini, tiada lagi sebarang maklumat berkenaan tarikh rasmi pembayaran, namun ianya akan diagihkan pada bulan Ogos nanti. Di bawah dikongsikan jadual pembayaran bantuan MySTR tahun 2024 mengikut fasa selepas dikemaskini :

  • MySTR fasa-1 : Dikreditkan bermula 29 Januari 2024 (Selesai)
  • MySTR fasa-2 : Dikreditkan bermula 5 April 2024 (Selesai)
  • MySTR fasa-3 : Dikreditkan pada bulan Ogos 2024 (Tarikh akan dikemaskini)
  • MySTR fasa-4 : Dikreditkan pada bulan November 2024 (Tarikh akan dikemaskini)

JUMLAH BAYARAN MYSTR MENGIKUT KATEGORI

Pihak kerajaan telah menetapkan kadar jumlah keseluruhan bantuan MySTR pada tahun ini mengikut kategori kelayakan seperti berikut :

ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN RM2,500 SEBULAN)

  • Tiada anak (0) : RM1,000
  • Bilangan tanggungan anak (1-2) : RM1,500
  • Bilangan tanggungan anak (3-4) : RM2,000
  • Bilangan tanggungan anak (5 keatas) : RM2,500

ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN RM5,000 SEBULAN)

  • Tiada anak (0) : RM500
  • Bilangan tanggungan anak (1-2) : RM750
  • Bilangan tanggungan anak (3-4) : RM1,000
  • Bilangan tanggungan anak (5 keatas) : RM1,250

WARGA EMAS DAN BELIA BUJANG

  • Warga emas tiada pasangan : RM600
  • Bujang (21-59 tahun) : RM350

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR FASA 2024

Pengemaskinian maklumat dan semakan status bayaran setiap fasa boleh dilakukan oleh penerima pada tahun ini. Untuk semakan dan butiran lengkap, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – MySTR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

The post MySTR Fasa Ke-3 : Semakan Status & Tarikh Bayaran Bantuan appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button