Pembayaran STR Fasa 4 diawalkan dan akan dikreditkan secara berperingkat pada minggu hadapan mulai 18 Oktober 2025.
PEMBAYARAN STR FASA 4 DIAWALKAN
Berita baik untuk rakyat Malaysia, sempena perayaan Deepavali yang disambut kaum India pada 20 Oktober ini. Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa diawalkan dari jadual asal sepatutnya dikreditkan pada bulan November 2025.
Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pada tahun ini kerajaan memperuntukan sekitar RM13 Billion untuk program STR dan SARA. Kedua-dua program bantuan ini memberi manfaat kepada hampir 9 juta penduduk Malaysia dari pelbagai kaum.
Secara rasmi bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan disalurkan bermula 18 Oktober ini bersamaan hari Sabtu. Semua kategori terlibat menerima bayaran fasa kali ini iaitu bujang, warga emas dan isi rumah.
Ini merupakan bayaran kali terakhir bagi STR sesi tahun ini dan akan diteruskan pada tahun hadapan. Jumlah keseluruhan STR 2025 adalah sehingga RM2,500 setahun dan amaun ditentukan mengikut kelayakan kategori.
Semakan status bayaran dan kemaskini maklumat terkini STR boleh dilakukan sepanjang tahun secara dalam talian. Untuk cek sila layari laman portal rasmi STR diĀ https://bantuantunai.hasil.gov.my/
PENUTUP & MAKLUMAT LANJUT
Selain STR terdapat banyak lagi program, kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan disediakan oleh kerajaan MADANI bagi memberi manfaat kepada penduduk. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan, rujuk halaman utama!
The post Pembayaran STR Fasa 4 Dikreditkan Minggu Hadapan appeared first on Carianterbaru.