Akaun 3KWSP

Terkini : Akaun 3 KWSP Bakal Dilaksanakan Bermula Mei 2024

Terkini : Akaun 3 KWSP bakal diperkenalkan dan dilaksanakan bermula bulan Mei 2024 untuk memberi manfaat kepada para pencarum. Seperti sedia maklum, pihak KWSP telah menyediakan pelbagai kemudahan pengeluaran kepada ahli pada tahun ini.

TERKINI : AKAUN 3 KWSP (FLEKSIBEL)

Untuk makluman umum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dijangkakan akan memperkenalkan satu lagi akaun kepada ahli. Kemudahan akaun fleksibel atau akaun 3 ini bakal memberi manfaat kepada ahli bermula awal bulan hadapan iaitu Mei 2024.

Dengan adanya akaun ketiga ini membolehkan pengguna untuk mengeluarkan dana wang pada bila-bila masa pada kadar peratusan yang ditetapkan. Walaupun masih belum diumum rasmi, terdapat laporan jangkaan akan dilaksanakan pada 11 Mei nanti.

PERINCIAN TERKINI FUNGSI AKAUN 2 KWSP

Berdasarkan laporan akhbar NST, caruman dijangka akan disalurkan ke dalam akaun 3 seawal bulan hadapan iaitu mei hingga Ogos. Akaun tersebut akan dimulakan dengan berbaki kosong (0) dan melibatkan 10% daripada caruman bulanan.

Dalam sistem baharu yang akan distrukturkan semula, simpanan akaun 1 akan menerima 75% dari caruman bulanan. Manakala simpanan akaun 2 pada kadar 15% dan akaun 3 sebanyak 10% dan ini sangat memberi kemudahan kepada para ahli KWSP.

Struktur akaun KWSP baharu seperti berikut :

  • Akaun 1 (Persaraan) – 75 peratus
  • Akaun 2 (Sejahtera) – 15 peratus
  • Akaun 3 (Flesibel) – 10 peratus

Dengan adanya akaun 3 ini dapat menyediakan fleksibiliti, dimana pengguna boleh mengeluarkan wang mereka pada bila-bila masa terutama waktu kecemasan. Para pencarum KWSP diberi masa bermula 11 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024 untuk pilih jumlah permulaan dalam akaun 3.

Pindahan dana daripada akaun 2 boleh dilakukan ke dalam akaun 3 dan baki akaun tersebut akan bermula dengan kosong jika ahli memilih untuk tidak sertai untuk jumlah permulaan.

SEMAKAN KEMUDAHAN PENGELUARAN KWSP 2024

Kepada mereka yang terlepas pandang, pihak KWSP telah memperkenalkan pelbagai jenis kemudahan bagi memberi manfaat kepada ahli seperti pengeluaran FSA2 sehingga RM50,000. Untuk semakan dan butiran lengkap, sila layari laman portal rasmi – KWSP 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk memohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

The post Terkini : Akaun 3 KWSP Bakal Dilaksanakan Bermula Mei 2024 appeared first on Carianterbaru.

Back to top button