BANTUANJKMTarikh Pembayaran

Tarikh Bayaran Bantuan JKM Bulan Jun 2024 : Cek Di sini

Tarikh Bayaran Bantuan JKM bagi bulan Jun 2024 yang dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima yang berkelayakan. Untuk pengetahuan umum, pemberian inisiatif berbentuk bantuan kewangan JKM adalah merupakan insentif di bawah Belanjawan 2024.

TARIKH BAYARAN BANTUAN JKM JUN 2024

Pihak kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan banyak jenis bantuan bulanan di bawah skim kebajikan. Tarikh pembayaran bagi bantuan JKM pada bulan ini adalah bermula 1 sehingga 10 Jun 2024.

Pihak JKM akan memberitahu maklumat jika terdapat sebarang perubahan tarikh bayaran dari semasa ke semasa. Kadar bayaran pula adalah berbeza mengikut kategori jenis bantuan yang diberikan kepada penerima.

Perlaksanaan pelbagai inisiatif bantuan khususnya diberikan secara bulanan yang disediakan JKM ini adalah bagi meringankan beban dalam menjalani kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam masyarakat.

JENIS BAYARAN BANTUAN JKM YANG BOLEH DIMOHON

Di bawah adalah jenis-jenis kategori bantuan yang ditawarkan di bawah JKM yang boleh dimohon selagi menepati kriteria kelayakan ditetapkan :

  • Bantuan Kanak-kanak (BKK) : Sehingga RM1,000 sebulan (sekeluarga)
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP) : RM250 – RM500 sebulan
  • Bantuan Am Persekutuan (BA) : RM350 sebulan
  • Bantuan Warga Emas (BWE) : RM500 sebulan
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP) : RM200 sebulan
  • Bantuan Geran Pelancaran (GP) : RM2,700 one-off
  • Elaun Pekerja OKU (EPOKU)
  • Bantuan Penjagaan OKU terlantar / pesakit kronik terlantar (BPT)
  • Bantuan alat sokongan atau alat tiruan (BAT)
  • Bantuan OKU tidak bekerja (BKB)
  • Tabung Bantuan Segera (TBS).

KRITERIA KELAYAKAN ASAS BANTUAN JKM 2024

Setiap kategori bantuan dibawah skim kebajikan mempunyai syarat kelayakan yang berbeza. Namun dibawah adalah kriteria asas yang ditetapkan seperti :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan Isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), purata miskin perkapita semasa atau purata miskin isi rumah semasa
  • Golongan yang memerlukan dan kurang berkemampuan dari segi kewangan.

PANDUAN CARA MOHON BANTUAN BULANAN JKM

Kepada mereka yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dikemukakan bagi mendapatkan manfaat pada tahun ini. Panduan lengkap cara mohon dan borang boleh dimuat turun di laman portal rasmi – eBANTUAN JKM

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan tunai telah ditawarkan oleh kerajaan khusus kepada rakyat Malaysia yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini di laman utama atau sertai group dibawah untuk info pantas.

The post Tarikh Bayaran Bantuan JKM Bulan Jun 2024 : Cek Di sini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button