STR 2025 Fasa 1 – Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan bahawa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah kini sedang disalurkan. Program ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia, terutamanya golongan yang memerlukan, dengan memberikan sumbangan tunai yang penting bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

PERLAKSANAAN STR 2025 FASA 1

Seperti yang telah dimaklumkan oleh pihak kerajaan, pengagihan STR Fasa 1 dijadualkan untuk bermula pada 22 Januari 2025. Ini adalah langkah yang dinanti-nantikan oleh lebih 9 juta penduduk Malaysia, memberi tumpuan kepada mereka yang memenuhi kriteria tertentu.

Pembayaran ini bukan sahaja memberikan sokongan kewangan, tetapi juga diharapkan dapat membantu mengurangkan beban ekonomi yang dihadapi oleh golongan berkenaan.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai jumlah bayaran yang akan dikreditkan, kementerian telah menyediakan kemudahan semakan status secara dalam talian. Dengan hanya beberapa langkah mudah, rakyat Malaysia boleh mendapatkan maklumat yang mereka perlukan, menjadikan proses ini lebih telus dan efisien.

Semakan ini membolehkan penerima untuk merancang kewangan mereka dengan lebih baik berdasarkan sumbangan tunai yang bakal diterima. Kaedah bayaran akan dilakukan secara kredit ke dalam akaun bank dan tebus tunai di BSN bagi penerima tiada kad bank.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2025

Untuk makluman umum, berikut adalah kadar bayaran fasa pertama STR mengikut kategori kelayakan seperti di bawah :

  1. KATEGORI BERKELUARGA (B40) : RM500
  2. KATEGORI BERKELUARGA (M40) : RM150 – RM300
  3. KATEGORI BUJANG (B40) : RM150
  4. KATEGORI WARGA EMAS (B40) : RM150

Berdasarkan tahun lalu, penerima pemegang kad Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menerima bayaran terlebih dahulu diikuti bank-bank lain. Maklumat tarikh bayaran STR fasa berikutnya akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 1 SEKARANG

Bermula hari ini, rakyat Malaysia boleh membuat semakan status pembayaran mereka secara online. Untuk cek berapa jumlah kredit yang patut anda terima, sila layari laman web rasmi STR 2025 – https://bantuantunai.hasil.gov.my/

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak program dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan tempatan bagi membantu golongan memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post STR 2025 Fasa 1 : Bayaran Mula Dikreditkan Berperingkat appeared first on Carianterbaru.