BANTUANeBantuanJKM

Senarai eBantuan JKM Tahun Ini Yang Boleh Dimohon

Senarai eBantuan JKM – Tahukah anda bahawa sepanjang tahun ini terdapat beberapa bantuan yang ditawarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Inisiatif-inisiatif ini direka khas untuk membantu rakyat Malaysia, terutama bagi mereka yang tergolong dalam golongan memerlukan dan kurang berkemampuan.

Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan dan meningkatkan taraf hidup mereka.

SEMAKAN SENARAI EBANTUAN JKM 2025

Kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan beberapa insentif bantuan bulanan dan one-off. Pihak JKM telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan yang boleh dimohon, seperti bantuan kewangan, bantuan makanan, dan sokongan untuk pendidikan.

Antara program yang popular termasuklah Bantuan tunai yang memberikan sokongan kepada keluarga berpendapatan rendah. Tambahan juga ada Bantuan Kanak-Kanak yang membantu dalam menyediakan keperluan asas untuk anak-anak.

Dengan adanya pelbagai pilihan bantuan ini, diharapkan lebih ramai rakyat Malaysia akan berusaha untuk memanfaatkan sumber yang ada. Sebagai rujukan berikut dikongsikan beberapa jenis bantuan kewangan JKM yang ada dan boleh dimohon selagi menepati kelayakan.

BWE / BANTUAN WARGA EMAS

  • Kelayakan : Individu berumur 60 tahun keatas
  • Kadar bantuan : RM600 sebulan

BAP / BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

  • Kelayakan : Anak berumur 18 tahun kebawah
  • Kadar bantuan : RM150 one-off

BKK / BANTUAN KANAK-KANAK

  • Kelayakan : Umur tidak melebihi 18 tahun
  • Kadar bantuan : Minima RM150 seorang, maksimum RM1,000 satu keluarga sebulan

BA / BANTUAN AM PERSEKUTUAN / NEGERI

  • Kelayakan : Mempunyai tanggungan anak berumur 18 tahun kebawah
  • Kadar bantuan : RM350 sebulan / Am negeri (kadar bantuan mengikut negeri)

BLP / BANTUAN LATIHAN PERANTIS

  • Kelayakan : Golongan belia berumur 18 hingga 35 tahun
  • Kadar bantuan : RM200 sebulan

GP / BANTUAN GERAN PELANCARAN

  • Kelayakan : Pendapatan dibawah (PGK)
  • Kadar bantuan : RM2,700 one-off

ELAUN PEKERJA OKU / BANTUAN EPOKU

  • Kelayakan : Golongan OKU pendapatan dibawah RM1,500 sebulan
  • Kadar bantuan : RM450 sebulan

BANTUAN ANAK PELIHARAAN

  • Kelayakan : Keluarga yang mempunyai tanggungan anak (bukan kandung)
  • Kadar bantuan : RM250 hingga RM500 sebulan.

CARA MEMOHON EBANTUAN JKM?

Untuk memohon bantuan JKM, pemohon boleh mengunjungi laman web rasmi mereka atau pergi terus ke pejabat JKM terdekat. Proses permohonan biasanya melibatkan pengisian borang dan pengemukaan dokumen sokongan seperti penyata pendapatan.

Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda berjaya. Dengan langkah yang tepat, anda mungkin dapat menerima bantuan yang diperlukan untuk mengurangkan beban kos sara hidup.

Untuk panduan lengkap, semakan kelayakan dan daftar permohonan, sila layari laman web rasmi – eBantuan JKM

BILA TARIKH PERMOHONAN EBANTUAN DITUTUP?

Untuk makluman umum, pendaftaran permohonan ebantuan JKM dibuka sepanjang tahun dan akan ditutup jika kuota telah penuh.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan MADANI telah sediakan bermacam jenis inisiatif dan program bantuan bagi memberi manfaat kepada rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Senarai eBantuan JKM Tahun Ini Yang Boleh Dimohon appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button