BANTUANSTR 2025

Semakan Bantuan STR 2025 : Jumlah Bayaran Setiap Kategori

Semakan Bantuan STR 2025 – Program Sumbangan Tunai Rahmah merupakan inisiatif penting yang telah dilancarkan dalam kerangka belanjawan tahun ini. Inisiatif ini bertujuan untuk menyokong golongan berpendapatan rendah dan menengah, terutamanya dalam menghadapi cabaran ekonomi yang semakin mencabar.

SEMAKAN BANTUAN STR 2025

Pada tahun ini, bantuan STR dijangka akan memberi manfaat kepada lebih dari 9 juta penduduk Malaysia. Kategori penerima yang layak untuk menerima sumbangan ini merangkumi golongan bujang, keluarga, dan isi rumah dari kategori B40 dan M40.

Melalui program ini, diharapkan agar bantuan dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh mereka yang layak. Pengagihan sumbangan tunai STR akan dilakukan secara berperingkat melalui empat fasa pembayaran.

Jumlah keseluruhan yang akan diterima oleh setiap penerima boleh mencapai sehingga RM2,500 setahun, tidak termasuk bayaran tambahan SARA. Inisiatif ini bukan sahaja memberikan sokongan kewangan, tetapi juga membolehkan keluarga merancang perbelanjaan mereka dengan lebih berkesan.

Jadual bayaran Sumbangan Tunai Rahmah STR sesi 2025 adalah seperti berikut :

  • Fasa pertama : Dibayar pada bulan Januari 2025
  • Fasa kedua : Dibayar pada bulan April 2025
  • Fasa ketiga : Dibayar pada bulan Ogos 2025
  • Fasa keempat : Dibayar pada bulan November 2025.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR 2025 (KATEGORI)

Dibawah dikongsikan jumlah yang layak diterima mengikut setiap kategori STR 2025 :

KATEGORI STR BUJANG (21 TAHUN KEATAS)

  • RM600 setahun

WARGA EMAS (60 TAHUN & TIADA PASANGAN)

  • RM900 setahun

KATEGORI BERKELUARGA (KUMPULAN B40)

  • RM2,500 : Bilangan tanggungan melebihi 5 anak
  • RM2,000 : Bilangan tanggungan 3 – 4 anak
  • RM1,500 : Bilangan tanggungan 1 – 2 anak
  • RM1,000 : Bilangan tanggungan (tiada anak)

BERKELUARGA (KUMPULAN M40)

  • RM1,250 : Bilangan tanggungan melebihi 5 anak
  • RM1,000 : Bilangan tanggungan 3 – 4 anak
  • RM750 : Bilangan tanggungan 1 – 2 anak
  • RM500 : Bilangan tanggungan (tiada anak)

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR & KEMASKINI MAKLUMAT

Rakyat Malaysia boleh membuat semakan setiap fasa bayaran dan kemaskini maklumat terkini STR sepanjang tahun ini. Untuk semakan sila ke laman utama MySTR – https://bantuantunai.hasil.gov.my/

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan MADANI bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

The post Semakan Bantuan STR 2025 : Jumlah Bayaran Setiap Kategori appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button