BANTUANFasa 4SemakanSTRSumbanganTunaiRahmah

Semak Status Bayaran STR Fasa 4 – Bantuan Telah Dikreditkan

Semak status bayaran STR Fasa 4 – bantuan telah mula dikreditkan secara berperingkat bermula 7 November 2024. Penerima layak menerima bayaran dari RM100 sehingga RM700 dan proses pengkreditan amaun ini telahpun bermula secara berperingkat.

Orang ramai digalakkan untuk menyemak status bayaran masing-masing dengan segera.

SEMAK STATUS BAYARAN STR SEGERA

Bermula 7 November ini pengagihan bayaran STR fasa akhir telah mula disalurkan kepada kategori bujang, isi rumah dan warga emas. Berikut adalah kadar bayaran yang dikreditkan mengikut kelayakan kategori seperti di bawah :

  • Belia bujang : RM100
  • Warga emas tiada pasangan : RM150
  • Isi rumah B40 : RM150 – RM700
  • Isi rumah M40 : RM150 – RM300.

Rakyat Malaysia kini boleh membuat semakan secara dalam talian untuk mengetahui status bayaran mereka. Proses ini mudah dan boleh diakses melalui portal rasmi yang ditetapkan.

Pastikan anda mempunyai maklumat yang diperlukan untuk mempercepatkan proses semak status, bagi memastikan anda tidak terlepas sebarang maklumat penting.

Bagi penerima yang tiada kad bank, anda tidak perlu risau. Bantuan boleh ditebus secara tunai di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

Pastikan anda membawa dokumen pengenalan diri dan maklumat yang relevan untuk memudahkan proses pengambilan bantuan tersebut. Ini adalah langkah penting untuk memastikan semua penerima mendapatkan bantuan yang mereka layak.

Kepada yang terlepas pandang, dibawah disediakan jadual rasmi pembayaran STR sesi 2024 mengikut fasa :

  • Peringkat/ fasa 1 – 29 Januari 2024
  • Peringkat/ fasa 2 – 3 April 2024
  • Peringkat/ fasa 3 – 29 Ogos 2024
  • Peringkat fasa 4 – 7 November 2024.

Panduan semak status STR fasa 4 seperti berikut :

  • Layari laman web rasmi MySTR – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Log masuk dengan kata laluan yang telah anda tetapkan
  • Klik butang pilihan ‘Semak Status’
  • Status bayaran bantuan anda akan dipaparkan pada skrin.

SEMAK PERMOHONAN & KEMASKINI MAKLUMAT STR 2025

Untuk makluman umum, sepanjang bulan November ini pendaftaran baharu dan kemaskini maklumat bagi bayaran STR fasa 1 2025 telah dibuka. Mereka (penerima) STR yang tidak pernah kemaskini maklumat selama 3 tahun berturut-turut wajib kemaskini maklumat terkini.

Anda boleh rujuk pada halaman utama MySTR untuk panduan selengkapnya apa yang diperlukan. Selain STR terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan untuk membantu meringankan beban rakyat Malaysia.

Sila lihat senarai inisiatif dan program bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Semak Status Bayaran STR Fasa 4 – Bantuan Telah Dikreditkan appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button