SARA One-off – Pihak kerajaan Malaysia mengambil inisiatif untuk membantu rakyat dengan melaksanakan pembayaran bantuan sara one-off. Sebanyak sekitar 8 juta penerima STR dalam kategori B40 akan menikmati bantuan tunai ini, yang bermula pada hari ini.
Inisiatif ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh golongan yang memerlukan.
BAYARAN SARA ONE-OFF
Mulai 9 Disember ini, sumbangan tunai tambahan juga disalurkan melalui program sumbangan asas rahmah. Menariknya, program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada mereka yang tergolong dalam kategori miskin tegar, tetapi juga kepada golongan yang tidak miskin.
Keputusan ini bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan kepada masyarakat sederhana serta merangsang ekonomi negara. Kementerian Kewangan melalui kenyataan rasmi menyatakan bahawa pemberian insentif ini merupakan sebuah langkah untuk menyokong golongan yang kurang berkemampuan dan diharapkan dapat memupuk semangat kemandirian lagi kuat dalam masyarakat.
Dengan adanya bantuan tunai ini, diharapkan isi rumah yang terjejas akibat pelbagai faktor dapat kembali bangkit dan menjana kehidupan yang lebih stabil. Pihak kerajaan terus komited dalam usaha membantu rakyat ke arah masa depan yang lebih baik.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA ONE-OFF
Sekiranya anda merupakan penerima STR bukan miskin dan miskin tegar, semakan status kelayakan boleh dibuat sekarang. Untuk cek sama ada anda layak atau tidak, sila rujuk pada halaman rasmi MyKasih SARA – https://www.mykasih.com.my/
Pemberian bantuan one-off ini disalurkan secara pengkreditan ke dalam akaun bank penerima STR. Mereka yang tiada kad bank, bantuan boleh dituntut secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia.
Berikut adalah kadar bayaran yang disalurkan pada 9 Disember 2024 mengikut kategori :
- RM300 : Penerima STR kategori isi rumah
- RM150 : Penerima STR kategori bujang
- RM150 : Penerima STR kategori warga emas.
Perlaksanaan bayaran bantuan ini adalah merupakan fasa akhir bagi sesi tahun 2024. Bantuan kewangan ini akan diteruskan pada tahun hadapan dengan kadar yang telah dinaikkan bagi memberi manfaat kepada rakyat.
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Selain itu terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan khusus untuk mereka yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post SARA One-off : 8 Juta Penerima STR Terima Bantuan appeared first on Carianterbaru.