InfoRMRRMR 2.0RUMAH MESRA RAKYATrumahmesrarakyatSPNB

Rumah Mesra Rakyat 2.0 : Percepat Miliki Kediaman Mampu Milik

Rumah Mesra Rakyat 2.0 pada tahun ini mampu mempercepatkan peluang mereka yang berkelayakan memiliki kediaman sendiri pada kadar harga mampu milik. Program RMR 2.0 adalah merupakan sebahagian kemudahan yang ditawarkan kepada rakyat bagi mendapatkan manfaat pada tahun 2024.

PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT 2.0

Pihak syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah memperkenalkan program RMR 2.0 bagi sesi tahun ini. Pada edisi kali ini, mereka yang layak boleh dapat peluang miliki rumah RMR dalam tempoh maksimum 3 bulan sahaja.

Program edisi kedua ini jauh lebih cepat berbanding edisi 1.0 yan memerlukan pemohon menunggu giliran masing-masing yang mengambil masa lama. Datuk Husam Musa selaku pengerusi SPNB berkata, sasaran pihaknya adalah sekitar 3,000 unit rumah RMR 2.0 akan disiapkan sehingga Disember tahun ini.

Apa yang lebih menarik adalah mereka yang lulus permohonan RMR akan menerima bantuan subsidi sehingga RM20,000. Program RMR 2.0 telah diperkenalkan pada Februari lalu dan telah mendapat 58 permohonan walaupun belum dilancarkan secara rasmi.

SYARAT KELAYAKAN RUMAH MESRA RAKYAT 2.0

Pihak kerajaan telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi menyertai program RMR tahun ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon wajib berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM5,000
  • Pemohon dan pasangan belum memiliki rumah sendiri atau miliki rumah usang (tidak sempurna)
  • Keluasan tanah tidak boleh kurang daripada 3,000 kps (Tertakluk kepada reka bentuk rumah
  • Tapak tanah cadangan perlu bersesuaian dan bebas daripada gadaian
  • Sekiranya pemohon bukan tuan empunya tanah, pemohon wajib mendapatkan surat kebenaran daripada tuan tanah.

PANDUAN MOHON RUMAH MESRA RAKYAT 2024

Kepada mereka yang belum memiliki rumah, kalian disarankan memohon program RMR 2.0 agar dapat manfaat miliki rumah mampu milik. Panduan lengkap dan butiran penuh telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – RMR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

The post Rumah Mesra Rakyat 2.0 : Percepat Miliki Kediaman Mampu Milik appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button