BANTUANBantuanmusimtengkujuhBMTMusimtengkujuhRISDA

Program Bantuan Musim Tengkujuh RM800 : Permohonan Dibuka

Program Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT yang berjumlah RM800 adalah merupakan salah satu insentif di bawah Belanjawan 2024. Kini pengemaskinian dan permohonan telah dibuka sehingga penghujung September tahun ini.

PROGRAM BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2024

Kerajaan menerusi RISDA telah memperkenalkan program insentif bantuan berjumlah RM800 yang dibayar secara berperingkat. Mulai 1 Jun 2024 sehingga 30 September 2024, permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat dibuka.

Program sumbangan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini adalah sebuah insentif yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan pekebun kecil dan penoreh getah.

Perlaksanaan inisiatif istimewa ini adalah bagi meringankan beban kewangan mereka yang terjejas pada waktu musim tengkujuh. Pemberian BMT sebelum ini, dibayar selama 4 bulan pada kadar RM200.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Antara kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan dalam program BMT adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pekebun kecil berdaftar dengan pihak RISDA
  • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
  • Mempunyai keluasan tapak tanah antara 0.1 hektar hingga 4 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • Perlu dapatkan pengesahan dari pemilik tanah jika bukan pemilik tanah
  • Memiliki kad PAT-G yang masih sah laku semasa permohonan dikemukakan.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Permohonan dibuka bermula pada tarikh : 1 Jun 2024

Permohonan ditutup pada tarikh : 30 September 2024

CARA PERMOHONAN BANTUAN (BMT)

Bagi makluman umum, permohonan bantuan musim tengkujuh boleh dibuat secara online melalui laman portal rasmi bantuan – BMT RISDA

Permohonan juga boleh dilakukan secara manual / fizikal dengan hadir ke mana-mana pejabat RISDA berdekatan. Untuk memudahkan urusan proses semakan permohonan, individu disarankan sertakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti :

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan buku akaun bank yang masih aktif
  • dokumen sokongan lain yang berkaitan.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan program bantuan khas ini, anda boleh hubungi talian (HQ) RISDA Malaysia di – 03 4256 4022 atau rujuk di laman rasmi BMT RISDA.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan pada tahun ini bagi mengurangkan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada di halaman utama atau sertai group dibawah untuk rujukan lebih lanjut.

The post Program Bantuan Musim Tengkujuh RM800 : Permohonan Dibuka appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button