3.0national servicePendidikanPLKN

PLKN 3.0 TAHUN 2025 : APA YANG PERLU ANDA KETAHUI

PLKN 3.0 TAHUN 2025 : APA YANG PERLU ANDA KETAHUI telah disediakan pada halaman kali ini sebagai rujukan umum.

PERLAKSANAAN PLKN 3.0 TAHUN 2025

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan diperkenalkan semula pada tahun 2025, menjadikannya edisi 3.0. Kerajaan Malaysia telah menyatakan bahawa program ini akan dilaksanakan dengan format dan konsep baharu yang lebih relevan kepada keperluan semasa.

Pengumuman ini telah dibuat semasa sidang belanjawan 2025, menandakan komitmen kerajaan dalam membangunkan generasi muda yang berwawasan dan berketerampilan. Untuk makluman umum, PLKN telah diperkenalkan sejak tahun 2003.

Dalam PLKN edisi 3.0, peserta akan menjalani modul latihan selama tiga bulan. Ini termasuk pelbagai komponen seperti latihan fizikal, pembinaan karakter, dan kenegaraan. Selain itu, aspek khidmat komuniti juga akan diutamakan bagi menggalakkan semangat berbakti dalam kalangan peserta.

Melalui modul-modul ini, diharapkan setiap peserta dapat meningkatkan kemahiran dan keupayaan diri mereka untuk menyumbang kepada masyarakat. Dengan pelaksanaan PLKN yang baharu ini, diharapkan peserta akan memperoleh manfaat yang besar daripada pengalaman latihan ini.

Program ini bukan sahaja bertujuan untuk mendidik peserta tentang tanggungjawab sebagai warganegara, tetapi juga untuk membina jati diri dan disiplin yang tinggi. Kerajaan percaya bahawa melalui PLKN, golongan muda akan lebih bersedia menghadapi cabaran masa depan dan dapat memainkan peranan aktif dalam pembangunan negara.

STRUKTUR LATIHAN PLKN 3.0 2025

Antara struktur latihan Program Latihan Khidmat Negara adalah seperti :

  • Latihan asas ketenteraan – Kepimpinan, keyakinan diri, ketahanan, pembinaan pasukan kawad, latihan pandu arah, ikhtiar hidup dan sebagainya
  • Elemen kenegaraan – Kedaulatan, sejarah dalam negara, sistem dunia, isu semasa antarabangsa dan ancaman keselamatan
  • Khidmat masyarakat – Pelbagai aktiviti di pusat latihan, pengalaman di agensi awam, khidmat komuniti, kempen kitar semula dan derma darah.

FASA PERLAKSANAAN PROGRAM PLKN 3.0

PLKN 3.0 akan dijalankan di kem-kem tentera dan tidak mengambil masa lama seperti sebelum ini. Modul latihan asas ketenteraan 30% dan kenegaraan 70% akan digunakan dan akan dilaksanakan secara berfasa.

FASA LATIHAN ASAS (PLKN)

Rakyat Malaysia yang berstatus remaja 17 tahun dan keatas akan dipilih untuk menjalani latihan asas di kem askar wataniah, universiti awam dan beberapa politeknik terpilih.

PRA PLKN

Fasa ini diperkenalkan di peringkat sekolah menengah bagi pelajar tingkatan 4 sebagai persiapan menjalani latihan selepas berumur 17 tahun.

LATIHAN LANJUTAN

Fasa ini sedang dibincangkan dan dipertimbang untuk melihat kepada peluang pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET).

Program PLKN 3.0 ini akan melibatkan mereka yang berumur 17 tahun sehingga 35 tahun. Pada Januari 2025, hanya pelajar lepasan SPM sahaja akan terlibat untuk program ini, berikutnya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Pelbagai program, kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diumumkan pada sidang – BELANJAWAN 2025 . Untuk rujukan lebih lanjut dan terperinci anda boleh kunjungi laman rasmi kerajaan.

The post PLKN 3.0 TAHUN 2025 : APA YANG PERLU ANDA KETAHUI appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button