BANTUANeWallet

Permohonan Bantuan Ewallet RM300 : Dibuka Ogos Ini

Permohonan Bantuan Ewallet RM300 dibuka pada Ogos ini kepada keluarga dari golongan B40 & M40 yang berkeperluan. Untuk makluman umum, inisiatif khas ini adalah sebahagian bantuan di bawah Belanjawan tahun ini.

PERMOHONAN BANTUAN EWALLET RM300 DIBUKA

Kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah program insentif bulanan yang dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera Bingkas. Menerusi program ini, mereka yang lulus permohonan akan menerima bayaran bantuan bernilai RM300 sebulan sepanjang tahun.

Perlaksanaan bantuan ewallet ini adalah bertujuan membantu melindungi keluarga dari ketidakpastian ekonomi pada tahun 2024. Bantuan khas ini telah dilancarkan setiap tahun dan permohonan baharu dibuka pada bulan ini.

Insentif ini akan memberi manfaat kepada sekitar 30,000 keluarga dari golongan B40 dan M40 sepanjang tahun 2024. Bantuan yang diberikan dalam bentuk ewallet ini boleh digunakan untuk tujuan membeli barangan keperluan asas dan pendidikan.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN EWALLET

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh pemohon seperti :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan dibawah RM5,000 sebulan (B40 & M40)
  • Isi rumah/ keluarga yang mempunyai tanggungan di bawah usia 18 tahun sekurang-kurangnya 2 orang
  • Lahir di Selangor atau menetap melebihi 10 tahun
  • Pengundi berdaftar.

MANFAAT BANTUAN EWALLET RM300

Kepada pemohon yang layak, mereka akan menerima 5 manfaat yang ditawarkan dalam program bantuan kehidupan sejahtera Bingkas seperti di bawah :

  1. Menerima RM300 sebagai had bulanan pembelian barangan keperluan asas dan pendidikan
  2. Urusniaga pembelian dilakukan secara tanpa tunai (ewallet)
  3. Kredit ewallet boleh digunakan di pasaraya dan kedai berdaftar
  4. Baki nilai bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan berikutnya (amaun perlu dihabiskan)
  5. Kadar nilai ewallet akan ditambah ke paras RM300 secara automatik setiap bulan.

CARA DAFTAR BANTUAN EWALLET

Untuk mereka yang berkelayakan dan memerlukan, jangan lepaskan peluang bagi mendapatkan manfaat daripada program ini. Untuk rujukan penuh dan panduan cara mohon, sila layari laman portal rasmi bantuan – Kehidupan Sejahtera 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan banyak jenis kemudahan dan inisiatif bantuan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

The post Permohonan Bantuan Ewallet RM300 : Dibuka Ogos Ini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button