BANTUANBantuan Kerajaanfinancial assistancePemberianSTR

Pemberian STR Fasa Akhir – Semakan Status & Tarikh Bayaran

Pemberian STR Fasa akhir atau fasa keempat dijadualkan akan mula dikreditkan secara berperingkat pada bulan November 2024. Untuk makluman umum, semua kategori utama akan terlibat pada fasa 4 pembayaran STR nanti.

PEMBERIAN STR FASA AKHIR

Seperti yang telah dimaklumkan oleh kerajaan, pemberian STR bagi sesi tahun ini hanya berbaki satu sahaja lagi proses pembayaran. Insentif bantuan khas ini diberikan pada kadar jumlah bayaran sehingga RM2,500 setahun.

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat. Dalam fasa akhir bantuan ini, semakan status dan jadual tarikh bayaran adalah penting untuk memastikan para penerima dapat menjalani proses ini dengan lancar.

Bagi sesi 2024, sekitar 9 juta penduduk Malaysia merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang terdiri daripada kategori bujang, isi rumah dan warga emas. Jumlah bantuan ditentukan mengikut kelayakan pendapatan bulanan dan bilangan anak setiap keluarga.

TARIKH BAYARAN PEMBERIAN STR SETIAP FASA

Berikut adalah jadual rasmi pembayaran STR tahun 2024 mengikut fasa seperti di bawah :

  • STR Fasa 1 – Diagihkan mulai 29 Januari 2024
  • STR Fasa 2 – Diagihkan mulai 3 April 2024
  • STR Fasa 3 – Diagihkan mulai 29 Ogos 2024
  • STR Fasa 4 – Diagihkan mulai November 2024 (Tarikh akan dikemaskini).

Nota : dari segi jadual tarikh bayaran, pihak kerajaan telah menetapkan beberapa tarikh penting untuk tindakan para penerima. Adalah amat penting untuk sentiasa merujuk kepada sumber rasmi bagi memastikan anda tidak terlepas sebarang maklumat penting.

Bayaran STR fasa akhir ini dijadual akan dilaksanakan secara berperingkat, dan setiap penerima akan dapat melihat bila mereka akan menerima bantuan. Anda boleh membuat pengiraan kadar bayaran yang akan diterima pada fasa 4 nanti mengikut jumlah dari fasa sebelum ini.

SEMAKAN STATUS PEMBERIAN STR 2024

Setiap penerima baharu dan sedia ada, kalian boleh membuat semakan status dan kemaskini maklumat Sumbangan Tunai Rahmah secara online. Untuk rujukan selengkapnya, sila layari laman portal rasmi – MySTR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan khusus bagi mengurangkan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui maklumat lanjut.

The post Pemberian STR Fasa Akhir – Semakan Status & Tarikh Bayaran appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button