BANTUANFASA 3PemberianSTRSumbanganTunaiRahmah

Pemberian STR Fasa-3 : Tarikh & Jumlah Bayaran Bantuan Tunai

Pemberian STR Fasa-3 : Tarikh & jumlah bayaran bantuan tunai bagi sesi tahun ini telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan. Seperti sedia maklum, program pemberian bantuan tunai STR adalah dibawah Belanjawan 2024.

PEMBERIAN STR FASA-3

Kerajaan telahpun selesai menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi fasa pertama dan fasa kedua pada bulan Januari dan April lalu. Bayaran bantuan tunai STR fasa berikutnya akan diagihkan selewat-lewatnya pada Ogos 2024.

Sekitar 9 juta penduduk Malaysia akan menerima manfaat daripada pemberian sumbangan tunai rahmah bagi tahun 2024. Kategori penerima yang terlibat adalah dari belia bujang, warga emas tiada pasangan dan isi rumah B40 & M40.

Jumlah keseluruhan STR pada tahun ini adalah sehingga RM3,700 (amaun termasuk insentif SARA) dan kadar ditentukan mengikut kategori dan bilangan anak. Pembayaran STR dijalankan melalui 2 kaedah iaitu kredit terus ke dalam akaun bank dan tebus tunai di kaunter BSN.

TARIKH BAYARAN STR FASA-3

Untuk makluman, buat masa ini masih belum dimaklumkan berkenaan tarikh rasmi bayaran STR fasa 3. Dibawah dikongsikan jadual lengkap pengagihan bayaran sumbangan tunai rahmah bagi sesi tahun 2024 seperti berikut :

  • Pemberian STR Fasa-1 : Bermula 29 Januari 2024
  • Pemberian STR Fasa-2 : Bermula 3 April 2024
  • Pemberian STR Fasa-3 : Bermula Ogos 2024 (Akan dikemaskini)
  • Pemberian STR Fasa-4 : Bermula November 2024 (Akan dikemaskini)

JUMLAH BAYARAN STR MENGIKUT FASA & KATEGORI

Setiap fasa dan kategori menerima bayaran STR pada kadar yang berbeza dan di bawah adalah jumlah keseluruhan yang telah ditetapkan :

KATEGORI BELIA BUJANG (21 TAHUN KEATAS)

  • RM350 seorang

WARGA EMAS TIADA PASANGAN (60 TAHUN KEATAS)

  • RM600 seorang

KATEGORI ISI RUMAH (B40)

  • Bilangan anak (0) : RM1,000
  • Bilangan anak (1-2) : RM1,500
  • Bilangan anak (3-4) : RM2,000
  • Bilangan anak (5>) : RM2,500

ISI RUMAH (M40)

  • Bilangan anak (0) : RM500
  • Bilangan anak (1-2) : RM750
  • Bilangan anak (3-4) : RM1,000
  • Bilangan anak (5>) : RM1,250

CHECK STATUS BAYARAN STR 2024

Bagi penerima STR sedia ada pada tahun ini, pengemaskinian maklumat dan semakan status bayaran mengikut fasa boleh dilakukan secara dalam talian. Untuk semakan, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – STR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan. Kepada yang terlepas pandang boleh semak senarai bantuan yang ada di halaman utama atau sertai group dibawah untuk rujukan lebih pantas.

The post Pemberian STR Fasa-3 : Tarikh & Jumlah Bayaran Bantuan Tunai appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button