BANTUANMySARAPemberian

Pemberian MySARA 2024 : Kadar Bayaran Mengikut Kategori

Pemberian MySARA 2024 : Kadar bayaran mengikut kategori telah dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan pada awal tahun ini. Untuk makluman umum, inisiatif khas ini adalah sebahagian insentif bantuan di bawah Belanjawan 2024.

PEMBERIAN SUMBANGAN MYSARA 2024

Program MySARA atau Sumbangan Asas Rahmah ini adalah merupakan lanjutan daripada program Sumbangan Tunai Rahmah. Pemberian insentif tambahan ini hanya diberikan kepada penerima STR tahun ini sahaja tanpa perlu kemukakan permohonan.

Sekitar 700,000 penerima STR akan menerima manfaat daripada pemberian skim bantuan khas SARA pada tahun ini. Apa yang lebih menarik adalah kategori bukan miskin tegar juga akan menerima insentif khas Sumbangan Asas Rahmah.

Jumlah bayaran yang diberikan pada tahun ini adalah dari RM150 sehingga RM1,200 setahun dan ianya lebih tinggi berbanding tahun lalu hanya RM600. Pembayaran SARA ini dibayar secara kredit ke dalam mykad bagi semenanjung dan kredit ke BSN bagi negeri Sabah dan Sarawak.

KADAR BAYARAN SUMBANGAN SARA 2024 (KATEGORI)

Pihak kerajaan telah mengumumkan jumlah bayaran Sumbangan Asas Rahmah bagi sesi 2024 mengikut kategori seperti di bawah :

KATEGORI MISKIN / MISKIN TEGAR

  • RM1,200 : Untuk penerima STR kategori isi rumah dan warga emas tiada pasangan
  • RM600 : Untuk penerima STR kategori bujang

KATEGORI “BUKAN” MISKIN / MISKIN TEGAR

  • RM300 : Untuk penerima STR kategori isi rumah
  • RM150 : Untuk penerima STR kategori bujang dan warga emas

TARIKH PEMBAYARAN PEMBERIAN MYSARA 2024

Untuk makluman umum, pengagihan pemberian bantuan SARA ini dijalankan secara berperingkat sepanjang tahun 2024. Untuk penerima STR di semenanjung Malaysia, bayaran dikreditkan ke dalam mykad setiap bulan bermula Januari sehingga Disember berjumlah RM50 dan RM100.

Bagi penerima STR negeri Sabah, Sarawak dan Labuan pula, bantuan dikreditkan sebanyak 2 kali pada tahun ini iaitu pada bulan Februari dan Ogos 2024. Pihak kerajaan yakin dengan adanya insentif tambahan ini dapat mengurangkan beban rakyat yang terjejas.

Manakala bagi perlaksanaan bayaran untuk kategori bukan miskin / miskin tegar pula akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN MYSARA 2024

Sekiranya kalian merupakan penerima sedia ada STR pada tahun ini, semakan status kelayakan boleh dilakukan secara dalam talian. Untuk semakan status dan butiran penuh sila layari laman rasmi bantuan – MySARA 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini di halaman utama atau sertai group dibawah untuk info lebih pantas.

The post Pemberian MySARA 2024 : Kadar Bayaran Mengikut Kategori appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button