BANTUANBayaranFASA 3MySTRPemberian

Pemberian Bayaran Bantuan MySTR : Semakan Status & Jumlah

Pemberian Bayaran Bantuan MySTR : Semakan status & jumlah bayaran mengikut kategori boleh dilakukan pada tahun ini. Seperti sedia maklum, inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan STR ini adalah salah satu insentif disediakan di bawah Belanjawan 2024.

PEMBERIAN BAYARAN BANTUAN MYSTR TAHUN 2024

Program Sumbangan Tunai Rahmah atau MySTR ini telah diperkenalkan pada Januari 2023 dan kini telah memasuki tahun kedua perlaksanaan. Bantuan tunai STR telah menggantikan skim bantuan terdahulu seperti bantuan prihatin rakyat (BPR) dan bantuan keluarga Malaysia (BKM).

Kementerian Kewangan telah memaklumkan akan mengagihkan bayaran bantuan STR kepada golongan B40 dan M40 yang terdiri daripada kategori bujang, isi rumah dan warga emas tiada pasangan.

Kadar jumlah bayaran STR juga telah dinaikkan sehingga RM3,700 berbanding tahun lalu RM3,100. Pemberian sumbangan STR tahun ini akan memberi manfaat kepada lebih 9 juta rakyat Malaysia.

TARIKH JADUAL PEMBERIAN MYSTR MENGIKUT FASA

Untuk informasi, pembayaran bagi fasa 1 dan fasa 2 telahpun selesai dikreditkan kepada semua. Pembayaran seterusnya adalah fasa 3 yang akan disalurkan selewatnya pada Ogos 2024 (Tarikh bayaran akan dikemaskini selepas pengumuman dan Kementerian Kewangan).

Di bawah dikongsikan jadual lengkap pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) mengikut fasa bagi sesi tahun 2024 :

  • Bayaran bantuan tunai STR fasa 1 : Diagihkan bermula 29 Januari 2024
  • Bayaran bantuan tunai STR fasa 2 : Diagihkan bermula 3 April 2024
  • Bayaran bantuan tunai STR fasa 3 : Diagihkan bermula Ogos 2024 (Tarikh akan dikemaskini)
  • Bayaran bantuan tunai STR fasa 4 : Diagihkan bermula November 2024 (Tarikh akan dikemaskini)

JUMLAH & KAEDAH BAYARAN BANTUAN MYSTR

Untuk makluman, jumlah sumbangan STR adalah berbeza mengikut kategori kelayakan seperti berikut :

  • Kategori isi rumah B40 : RM1,000 sehingga RM2,500
  • Kategori isi rumah M40 : RM500 sehingga RM1,250
  • Kategori bujang : RM350
  • Kategori warga emas : RM600

Nota : Bayaran bagi kategori isi rumah ditentukan mengikut pendapatan dan bilangan tanggungan anak. Jumlah diatas akan diagihkan mengikut pecahan 4 fasa pembayaran sepanjang tahun 2024.

Kaedah pembayaran bantuan tunai STR dilakukan secara pengkreditkan ke dalam akaun bank. Manakala bagi penerima tiada kad bank boleh tebus secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN MYSTR 2024

Kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2024, kalian boleh membuat semakan status pembayaran mengikut fasa pada tahun ini :

  1. Sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – MySTR 2024
  2. Tekan butang log masuk
  3. Pengesahan kata laluan keselematan yang telah ditetapkan
  4. Maklumat anda akan dipaparkan pada skrin.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban kewangan rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini yang boleh dimohon di halaman utama atau sertai group dibawah untuk info lebih cepat.

The post Pemberian Bayaran Bantuan MySTR : Semakan Status & Jumlah appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button