InfoPanduan SolatRaya

Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri : Ringkas & Mudah Difahami

Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri yang ringkah dan mudah difahami dikongsikan di dalam halaman kali ini untuk rujukan umum. Seperti sedia maklum, umat islam bakal menyambut perayaan aidlfitri tidak lama lagi.

PANDUAN SOLAT HARI RAYA AIDILFITRI

Untuk makluman, hukum menunaikan solat hari raya adalah sunat muakad iaitu sunat yang dituntut dalam islam. Hal ini kerana Rasullullah SAW tidak pernah meninggalkannya sejak dari mula disyariatkan sehingga Rasullullah SAW telah wafat.

Solat hari raya telah disyariatkan secara berjemaah kepada semua mukallaf sama ada lelaki, wanita, bermukim, musafir atau hamba. Kecuali perempuan yang menghiaskan diri atau memungkinkan fitnah, mereka seeloknya bersolat di rumah sahaja.

CARA MUDAH FAHAMI PANDUAN SOLAT HARI RAYA

Berikut dikongsikan panduan tata tertib cara menunaikan solat hari raya aidilfitri :

RAKAAT PERTAMA

  1. (Niat) Di mulakan dengan lafaz takbirratul ihram berserta menyebut allahu akbar dengan niat dalam hati – Usalli sunnatan liaidil fitri rak’atainimakmuman lilahi ta’ala. Ertinya (Sahaja aku sembahyang sunat hari raya aidilfitri dua (2) rakaat makmum kerana allah ta’ala).

2. Membaca doa IFTITAH

3. Bertakbir sebanyak tujuh kali (7) diselangi dengan lafaz tasbih sebanyak enam kali (6)

4. Membaca surah Al- fatihah

5. Kemudian membaca surah al-Quran (Disunatkan membaca surah al-a’laa)

6. Meneruskan solat sehingga rakaat pertama selesai.

RAKAAT KEDUA

  1. Mengangkat takbir sebanyak lima kali (5) diselangkan dengan lafaz tasbih sebanyak 4 kali (4)

2. Membaca surah al-fatihah

3. Membaca surah dari al-Quran (Disunatkan membaca surah al-Ghaasyiyah dalam rakaat kedua)

4. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua

5. Memberi salam.

Selesai, diharapkan informasi maklumat diatas dapat memberi manfaat kepada kita semua khususnya umat beragama islam. Selamat menyambut musim perayaan aidilfitri dan kongsikan maklumat panduan ini sebagai peringatan dan rujukan umum masyarakat.

MAKLUMAT LANJUT

Pelbagai kemudahan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi meringankan beban rakyat Malaysia khususnya berbentuk bantuan kewangan. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai inisiatif dan bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

The post Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri : Ringkas & Mudah Difahami appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button