Panduan Cara Mohon STR : Secara Dalam Talian Tahun 2024
Panduan Cara Mohon STR secara dalam talian tahun 2024 telah disediakan di halaman ini sebagai rujukan umum. Seperti yang telah dimaklumkan, permohonan baharu dan kemaskini maklumat STR dibuka sepanjang tahun 2024.
PANDUAN CARA MOHON STR 2024
Kementerian Kewangan telah melancarkan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai bantuan tunai STR. Program bantuan khas ini telah memasuki tahun kedua perlaksanaan yang menggantikan bantuan kewangan BKM.
Dengan peruntukan dana bantuan yang besar, kerajaan yakin mampu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat melalui pemberian STR ini. Pendaftaran permohonan baharu dibuka sepanjang tahun ini dan boleh dimohon secara online melalui pautan MySTR.
Berikut adalah lang-langkah panduan daftar permohonan STR tahun ini :
- Layari laman portal rasmi bantuan tunai – STR 2024
- Kemudian log masuk menggunakan kata laluan yang anda tetapkan
- Dihalam utama, sila tekan pada butang ‘permohonan baharu STR’ bagi memulakan proses permohonan
- Isi dan lengkapkan maklumat diperlukan pada ruang yang telah disediakan pada bahagian (maklumat pemohon)
- Isi maklumat waris sekiranya perlu
- Sahkan captcha dan perakuan pemohon kemudian klik butang hantar
- Pemohon akan menerima pengesahan bahawa proses daftar telah selesai.
KATEGORI LAYAK MOHON STR 2024
Antara kriteria dan kategori penerima layak dapatkan inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah adalah seperti berikut :
- Kategori bujang : Mereka yang berusia 21 tahun hingga 59 tahun berstatus bujang dengan pendapatan di bawah RM2,500 sebulan
- Kategori warga emas : Individu yang berumur 60 tahun dan keatas tanpa pasangan
- Kategori isi rumah / berkeluarga : Isi rumah yang pendapatan di bawah RM2,500 (B40) dan RM5,000 (M40).
JUMLAH BAYARAN STR MENGIKUT KATEGORI
- RM1,000 – RM2,500 setahun : Isi rumah B40 (Kadar ditentukan mengikut bilangan anak)
- RM500 – RM1,250 setahun : Isi rumah M40 (Kadar ditentukan mengikut bilangan anak)
- RM600 setahun : Warga emas tiada pasangan (60 tahun keatas)
- RM350 setahun : Belia bujang.
Info terkini : Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah sesi fasa berikutnya akan dikreditkan pada pertengahan hingga penghujung bulan Ogos ini.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post Panduan Cara Mohon STR : Secara Dalam Talian Tahun 2024 appeared first on Carianterbaru.