BANTUANFasa 2InfoMySTRSumbanganTunaiRahmah

MySTR : Bayaran Fasa 2 Mula Dikreditkan Secara Berperingkat

MySTR : Bayaran Fasa 2 telahpun mula dikreditkan secara berperingkat mengikut senarai bank dari 3 April sehingga 9 April ini. Untuk sedia maklum, inisiatif khas ini merupakan sebahagian bantuan dibawah Belanjawan 2024.

MYSTR : BAYARAN FASA 2 MULA DIKREDITKAN

Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah Fasa kedua akan dilakukan berperingkat. Fasa kali ini melibatkan 3 kategori penerima utama iaitu Bujang, warga emas dan isi rumah.

Pembayaran ini akan disalurkan berperingkat dimana akan ada penerima menerima terlebih dahalu dan ada yang kemudian. Apa yang pasti adalah tarikh rasmi bayaran bermula 3 sehingga 9 April 2024 secara pengkreditan ke dalam akaun bank.

Untuk mereka yang tiada kad bank, bermula 3 April kali boleh hadir ke kaunter Bank Simpanan Nasional berhampiran untuk tebus secara tunai. Jangan lupa membawa kad pengenalan untuk semakan pengesahan diri.

Jumlah penerima bagi bayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa 2 ini adalah sekitar 8.4 juta penduduk dan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion. Dengan adanya insentif istimewa ini dapat mengurangkan beban rakyat untuk menyambut raya aidilfitri.

KADAR BAYARAN MYSTR FASA 2 MENGIKUT KATEGORI

Kerajaan telah menetapkan kadar pemberian bantuan tunai STR fasa kedua mengikut kategori seperti berikut :

  • Kategori isi rumah (Pendapatan RM2,500) : RM150 – RM650
  • Kategori isi rumah (Pendapatan RM5,000) : RM100 – RM300
  • Kategori belia bujang : RM100
  • Kategori Warga emas tiada pasangan : RM150.

SEMAK STATUS BAYARAN MYSTR FASA 2

Kepada yang masih belum terima, semakan status bayaran fasa kedua boleh dilakukan secara dalam talian. Untuk semakan, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – MySTR 2024

Nota : Pengagihan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah dilakukan secara berperingkat dan ada yang awal dan ada yang lambat menerima. Kepada yang masih belum terima diharapkan bersabar kerana sistem bayaran dijalankan sehingga 9 April 2024.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post MySTR : Bayaran Fasa 2 Mula Dikreditkan Secara Berperingkat appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button