BANTUANFASA 3Fasa 4MySTRMySTR 2024

MySTR 2024 : Jadual Pemberian Bantuan STR Fasa 3 & Fasa 4

MySTR 2024 : Jadual Pemberian bantuan tunai STR fasa 3 & fasa 4 telah diumumkan akan dikreditkan pada Ogos dan November ini. Seperti sedia maklum pemberian khas sumbangan STR ini adalah salah satu bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024.

MYSTR 2024 : JADUAL PEMBERIAN BANTUAN TUNAI

Kementerian kewangan telah memaklumkan bagi sesi tahun ini pemberian Sumbangan Tunai Rahmah atau STR akan diagihkan berperingkat melalui 4 fasa pembayaran. Lebih daripada 9 juta penduduk Malaysia telah layak dan menerima manfaat daripada program STR.

Jadual rasmi bayaran bantuan tunai STR tahun ini telah diumumkan oleh kerajaan yang disalurkan melalui empat peringkat. Fasa pertama dikreditkan pada 29 Januari manakala fasa kedua pula telah diberikan pada 3 April lalu.

Menerusi kenyataan Kementerian Kewangan fasa berikutnya iaitu ketiga dan keempat akan dikreditkan pada Ogos dan November nanti. Sekiranya ada perubahan tarikh pembayaran STR, pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa sebagai rujukan umum.

KADAR JUMLAH PEMBERIAN BANTUAN MYSTR 2024

Bagi sesi tahun 2024, kadar jumlah bayaran STR adalah daripada RM350 sehingga RM2,500 dan amaun tertakluk kepada kategori dan bilangan anak. Di bawah dikongsikan jumlah keseluruhan STR mengikut kategori masing-masing.

PENERIMA STR BERSTATUS ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN RM2,500)

  • Tiada anak (0) : RM1,000
  • Mempunyai bilangan anak (1-2) : RM1,500
  • Mempunyai bilangan anak (3-4) : RM2,000
  • Mempunyai bilangan anak (5 keatas) : RM2,500

STR BERSTATUS ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN RM5,000)

  • Tiada anak (0) : RM500
  • Mempunyai bilangan anak (1-2) : RM750
  • Mempunyai bilangan anak (3-4) : RM1,000
  • Mempunyai bilangan anak (5 keatas) : RM1,250

PENERIMA STR BERSTATUS BUJANG & WARGA EMAS

  • Warga emas tiada pasangan : RM600
  • Belia bujang berumur 21 tahun keatas : RM350

CHECK STATUS BAYARAN MYSTR MENGIKUT FASA

Kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah tahun ini, semakan status bayaran setiap fasa dan kemaskini maklumat boleh dilakukan secara dalam talian. Untuk semakan sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – MySTR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Selain STR, terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

The post MySTR 2024 : Jadual Pemberian Bantuan STR Fasa 3 & Fasa 4 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button