MyKasih : Penerima Bantuan RM100 Bagi Bulan April 2024
MyKasih : Penerima Bantuan RM100 bagi bulan April ini adalah mereka yang berada dalam kategori isi rumah, warga emas dan bujang. Untuk makluman umum, pemberian inisiatif tambahan bantuan SARA ini merupakan sebahagian insentif dibawah Belanjawan 2024.
MYKASIH : PENERIMA BANTUAN RM100
Kepada mereka yang terlepas pandang, program Sumbangan Asas Rahmah ini adalah merupakan lanjutan daripada Sumbangan Tunai Rahmah. Pada tahun ini bantuan Mykasih SARA telah diperluaskan kepada sekitar 700,000 penerima STR.
Untuk makluman umum, terdapat 2 kelayakan kategori bagi menerima insentif khas ini tanpa memerlukan sebarang permohonan. Bukan sahaja penerima STR yang berstatus miskin/ miskin tegar, malah kategori bukan berstatus miskin/ miskin tegar juga layak untuk menerima manfaat daripada insentif ini.
Bagi bayaran bulan April ini, kategori isi rumah dan warga emas akan menerima RM100 manakala bujang RM50. Bantuan disalurkan melalui pengkreditan ke dalam mykad penerima dan amaun tersebut boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas.
KADAR BAYARAN PEMBERIAN BANTUAN MYKASIH 2024
Berikut adalah kadar jumlah bayaran bantuan istimewa Mykasih bagi tahun 2024 mengikut kategori kelayakan seperti di bawah.
KATEGORI MISKIN & MISKIN TEGAR
- Penerima STR kategori isi rumah : RM1,200
- Penerima STR kategori warga emas : RM1,200
- Penerima STR kategori bujang : RM600.
KATEGORI ‘BUKAN’ MISKIN TEGAR
- Penerima STR kategori isi rumah :RM300
- Penerima STR kategori warga emas : RM150
- Penerima STR kategori bujang : RM150.
Nota : Tujuan utama perlaksanaan insentif SARA ini adalah bagi membantu meringankan beban golongan yang berkeperluan. Secara tidak langsung dapat memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan masyarakat.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH
Jika anda merupakan penerima STR, semakan status sama ada layak atau tidak menerima insentif khas ini boleh dilakukan secara dalam talian. Panduan semakan dan butiran lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – MyKasih SARA
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kerajaan perpaduan telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.
The post MyKasih : Penerima Bantuan RM100 Bagi Bulan April 2024 appeared first on Carianterbaru.