BANTUANGeran PelancaranGPJKM

GP : Bantuan Khas RM2700 ‘One-off’ Untuk Rakyat Malaysia

GP : Bantuan Khas RM2700 secara sekali bayar ‘one-off’ ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan pada tahun ini. Untuk makluman umum, inisiatif istimewa berbentuk bantuan kewangan GP ini merupakan sebahagian insentif di bawah Belanjawan 2024.

GP : BANTUAN KHAS RM2700 ‘ONE-OFF’

Pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah insentif yang dikenali sebagai program bantuan Geran Pelancaran. Bantuan khas GP ini masih terus dilaksanakan pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

Bagi pengetahuan umum, program Geran Pelancaran ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kepada pemohon yang lulus, mereka akan menerima bantuan kewangan berjumlah RM2700 secara sekaligus (One-off). Tujuan utama perlaksanaan program GP ini adalah bagi membantu memperkasa ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif dan potensi menjana pendapatan individu/ keluarga.

Dengan adanya inisiatif seperti ini dapat meningkatkan keupayaan aktiviti perniagaan usahawan automatif bumiputera. Melalui transformasi konsep perniagaan konvensional kepada konsep yang lebih bersistematik dengan penerapan nilai teknologi terkini.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KHAS GP

Berikut adalah beberapa syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan geran pelancaran seperti :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi (PGK) pendapatan garis kemiskinan, purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  • Merupakan kumpulan sasar JKM

PANDUAN MOHON BANTUAN GP RM2700

Kepada mereka yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini selagi ianya masih dibuka. Apa yang lebih menarik adalah bantuan geran pelancaran ini bakal dinaikkan kadar kepada RM5000 berbanding RM2700.

Perkara ini telah dimaklumkan daripada akhbar Berita Harian pada 6 Mac 2024 dan diharapkan akan dilaksanaan secepat mungkin bagi memberi manfaat kepada penerima.

Permohonan bantuan GP boleh dilakukan melalui pejabat kebajikan masyarakat daerah/ jajahan/ bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang dikemukakan perlu jalani siasatan untuk penilaian (Means-tested) bagi pengesahan kelayakan bantuan.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

The post GP : Bantuan Khas RM2700 ‘One-off’ Untuk Rakyat Malaysia appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button