eGumisInfoWang Tidak DituntutWangtidakdituntut

eGumis (Wang Tidak Dituntut) Boleh Disemak Secara online

eGumis (Wang Tidak Dituntut) kini boleh disemak oleh orang awam secara online bagi mengenal pasti mempunyai WTD atau tidak. Untuk makluman umum, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) menyediakan sebuah portal untuk rakyat membuat semakan dan permohonan WTD.

EGUMIS (WANG TIDAK DITUNTUT)

Ramai yang terlepas pandang dan tidak tahu bahawa mereka boleh membuat tuntutan wang yang sepatutnya mereka punya pada masa lalu. WTD ini boleh datang dari pelbagai sumber yang merupakan sejumlah wang milik individu atau syarikat.

Sumber WTD adalah seperti dalam bentuk dividen, simpanan, tuntutan insurans, bank draf dan sebagainya yang berkaitan. Duit ini tidak dituntut oleh empunya / pemilik dalam satu tempoh masa yang telah ditetapkan.

Berdasarkan data makluman, sehingga Mac 2023, sebanyak RM11 bilion wang tidak dituntut diterima oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Ini menandakan masih ramai orang awam yang masih tidak ketahui mereka sebenarnya mempunyai wang yang boleh dituntut.

SUMBER WANG TIDAK DITUNTUT

Untuk makluman umum, WTD ini boleh datang dari bermacam sumber yang perlu dibayar dalam tempoh setahun antaranya seperti berikut :

  • Gaji, upahan, komisen, bonus serta wang yang perlu dibayar kepada kakitangan
  • Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagi
  • Dividen
  • Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran
  • Simpanan tetap tanpaarahan pembaharuan secara automatik (Telah matang)
  • Cashier’s order, draf bank dan dokumen yang mempunyai fungsi serupa dimana tempoh sah laku telah luput
  • Deposit dan cagaran apabila tujuan wang dikutip telah tercapai
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai yang berbaki kredit.

Wang dalam akaun bank yang tidak aktif selama 7 tahun ianya termasuk dalam WTD yang boleh dituntut. Contohnya seperti akaun simpanan, akaun semasa dan akaun tetap yang mempunyai arahan pembaharuan automatik.

SEMAKAN WANG TIDAK DITUNTUT MELALUI EGUMIS

Kepada rakyat Malaysia yang masih belum membuat semakan, kalian boleh membuat semakan dan permohonan secara online. Panduan lengkap dan butiran penuh telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – eGUMIS ANM

MAKLUMAT LANJUT

Tahun ini kerajaan perpaduan telah memperkenalkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada waktu ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

The post eGumis (Wang Tidak Dituntut) Boleh Disemak Secara online appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button