BANTUANBKKInfoJKM

BKK : Bantuan Kewangan Khas Sehingga RM1000 Sebulan

BKK : Bantuan Kewangan Khas sehingga maksimum RM1000 sebulan diberikan kepada keluarga yang berkelayakan dan memerlukan. Untuk makluman umum, inisiatif istimewa BKK ini merupakan sebahagian bantuan di bawah Belanjawan 2024.

BKK : BANTUAN KHAS KEWANGAN 2024

Tahukah kalian, pihak kerajaan menerusi agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah program insentif bulanan. Program BKK atau Bantuan Kanak-Kanak ini masih diteruskan pada tahun ini adalah bagi memberikan manfaat kepada rakyat terutama kategori memerlukan.

Program bantuan khas BKK ini dikendalikan dan disediakan sepenuhnya oleh pihak JKM pada tahun ini. Permohonan diberi keutamaan kepada keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada (kehilangan ibu bapa).

Dengan adanya insentif bulanan ini dapat mengurangkan beban kos sara hidup serta meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan serta perkembangan anak mengikut peringkat usia.

KADAR BANTUAN KHAS KEWANGAN (BKK)

Pihak kerajaan telah menetapkan kadar bayaran bantuan kanak-kanak ini adalah minimum RM150 seorang sehingga maksimum RM1000 satu keluarga. Kadar bantuan BKK telah dipecahkan mengikut kategori seperti di bawah :

  • 6 tahun dan ke bawah : RM200 seorang
  • 7 tahun sehingga 18 tahun : RM150 seorang
  • Maksimum untuk satu keluarga : RM1000

Kepada pemohon yang layak, bantuan ini akan disalurkan secara automatik setiap bulan bagi menampung perbelanjaan barangan keperluan asas.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN BKK 2024

Antara kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi bantuan kanak-kanak ini adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Bermastautin di negara ini
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Keluarga/ penjaga yang memberikan jagaan kepada kanak-kanak
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK), purata miskin perkapita semasa atau purata miskin isi rumah semasa
  • Remaja yang berusia 18 tahun keatas layak dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas

PANDUAN DAFTAR & MOHON BANTUAN KHAS BKK

Kepada yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang disediakan secara percuma ini. Panduan cara daftar dan butiran lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasm bantuan – BKK (JKM)

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta insentif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun 2024 dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

The post BKK : Bantuan Kewangan Khas Sehingga RM1000 Sebulan appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button