Biasiswa Anak Emas – Diberikan Kepada Dharshini
Biasiswa Anak Emas merupakan inisiatif yang bertujuan untuk memberikan sokongan kepada pelajar yang berasal dari keluarga kurang berkemampuan. Pihak Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) memberikan penghargaan kepada Dharshini Subramaniam, salah seorang penerima biasiswa, yang merupakan penuntut yang menunjukkan prestasi cemerlang walaupun dengan cabaran yang dihadapi.
Biasiswa Anak Emas
Profesor Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin selaku naib Canselor UTeM telah mengumumkan pemberian biasiswa ini diberikan atas keprihatinan kepada penuntut. Dengan keperitan yang dialami oleh Dharshini yang merupakan seorang anak yatim dan tinggal bersama ibunya yang berstatus OKU, beliau layak dibantu.
Pihak UTeM telah menawarkan 6 jenis pakej bantuan kepada beliau agar dapat menyambung pengajian disini. Biasiswa ini tidak hanya memberikan bantuan kewangan tetapi juga menambah motivasi kepada pelajar untuk terus berusaha dalam pelajaran mereka.
Bantuan yang diberikan temasuklah pembiayaan kos pengajian merangkumi yuran dari awal sehingga tamat pengajian. Bukan itu sahaja, Dharsini juga akan menerima insentif wang sara hidup berjumlah RM500 bulanan sehingga selesai pengajian.
Tambahan lagi beliau akan menerima sebuah komputer riba dan bantuan wang tunai RM1,500 bagi tujuan pembelajaran dan bantuan food bank. Pakej bantuan ini disampaikan oleh pihak UTeM di kediaman Darshini di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Dengan adanya inisiatif sokongan tersebut, seperti yang dialami oleh Dharshini, beliau dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada pembelajaran tanpa dibebani oleh masalah kewangan. Ini penting bagi pelajar yang bercita-cita untuk mencapai kejayaan akademik dan profesional.
Melalui program Biasiswa Anak Emas, UTeM menunjukkan komitmennya dalam membangunkan bakat muda, terutama dari golongan yang kurang bernasib baik. Dengan memberi peluang kepada pelajar seperti Dharshini, institusi ini membantu mencipta generasi pemimpin masa depan yang berdaya saing, berilmu, dan berintegriti.
Kesempatan ini tidak hanya mengubah kehidupan individu tetapi juga memberikan kesan positif kepada masyarakat secara keseluruhan.
Maklumat Lanjut
Selain biasiswa ini, pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu mengurangkan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap.
The post Biasiswa Anak Emas – Diberikan Kepada Dharshini appeared first on Carianterbaru.