BANTUANSara Hidup

Bayaran Bantuan Sara Hidup RM300 Ogos Ini : Semak Segera

Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi bulan Ogos ini berjumlah RM300 dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang layak. Inisiatif khas BSH ini adalah sebahagian bantuan kewangan di bawah Bajet 2024.

BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP 2024

Kerajaan telah menyediakan sebuah program insentif bantuan bulanan yang dikenali sebagai bantuan sara hidup (BSH). Kadar yang diberikan kepada pemohon yang lulus adalah berjumlah RM300 dikreditkan secara automatik setiap bulan.

Skim bantuan BSH ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) sepanjang tahun ini. Perlaksanaan inisiatif ini bertujuan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Malaysia yang berada dalam kelompok veteran ATM.

Kadar bayaran bantuan disalurkan RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun ke akaun masing-masing. Kepada mereka yang layak, bantuan ini akan diberikan selama 3 tahun dan dalam tempoh tersebut akan dinilai semula.

Permohonan bantuan BSH ini boleh dikemukakan sepanjang tahun ini selagi kuota masih belum penuh.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP RM300

Berikut adalah beberapa syarat asas kelayakan bagi permohonan bantuan sara hidup sesi 2024 seperti :

  • Dibuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Had umur kelayakan adalah berusia 60 tahun dan keatas
  • Pendapatan isi rumah sebulan tidak melebihi (PGK) pendapatan garis kemiskinan
  • Tiada syarat umur bagi kategori cacat kekal
  • Pemohon merupakan bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
  • Tidak diberhentikan kerja atas kesalahan tartatertib
  • Kategori balu yang telah berkahwin semula tidak layak mohon
  • Kelayakan umur bagi kategori anak yatim adalah di bawah 18 tahun
  • Mempunyai masalah kesihatan yang menjejaskan sebarang aktiviti pekerjaan.

KEMUKAKAN PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP

Bagi mereka yang menepati kriteria kelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dibuat bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan. Panduan lengkap telah disediakan melalui laman portal rasmi – BSH 2024

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini kerajaan perpaduan telah melancarkan bermacam jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi mengurangkan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat.

The post Bayaran Bantuan Sara Hidup RM300 Ogos Ini : Semak Segera appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button