BAP – Bantuan Tunai RM150 one-off untuk setiap pelajar tahun 2025 tanpa mengira had kelayakan pendapatan keluarga. Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah yang signifikan dalam menyokong pendidikan dengan meneruskan inisiatif Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi sesi tahun 2025.
Keputusan ini diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam sidang belanjawan yang bertujuan untuk merangsang keberhasilan pendidikan di kalangan pelajar di seluruh negara.
PEMBERIAN INSENTIF BAP – BANTUAN TUNAI RM150
Dalam usaha untuk meringankan beban kos persediaan persekolahan, kerajaan akan memberikan pembayaran bantuan tunai one-off sebanyak RM150 kepada setiap pelajar. Menariknya, bantuan kewangan ini akan disalurkan tanpa mengira had kelayakan pendapatan keluarga.
Langkah ini diambil bagi memastikan bahawa semua pelajar, tanpa mengira latar belakang ekonomi mereka, mendapat manfaat daripada inisiatif ini. Tujuan utama insentif BAP ini adalah untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa dalam proses persediaan persekolahan anak-anak.
Dengan adanya bantuan ini, diharapkan pelajar akan dapat memulakan tahun persekolahan mereka dengan lebih tenang dan berkeyakinan. Kerajaan percaya bahawa pendidikan adalah asas kepada masa depan yang cemerlang, dan dengan bantuan ini, ia dapat memberikan sokongan yang diperlukan kepada pelajar Malaysia.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI BAP
Di bawah adalah kriteria kelayakan penerima bantuan awal persekolahan tahun ini :
- Warganegara Malaysia
- Pelajar tahun 1 hingga tingkatan 6 tahun 2025
- Bersekolah di sekolah menengah dan rendah kerajaan
- Tiada had kelayakan pendapatan isi rumah
- Sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Tarikh pembayaran Sumbangan bantuan RM150 untuk pelajar ini belum dimaklumkan secara rasmi. Namun berdasarkan tahun sebelum, bayaran bantuan akan diagihkan pada awal tahun melalui pihak sekolah dan pelajar.
Untuk lebih butiran, ibu bapa boleh menghubungi pihak sekolah anak atau rujuk pada laman rasmi Kementerian Pedidikan Malaysia (KPM) – https://www.moe.gov.my/
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan sepanjang tahun 2025. Kepada yang terlepas pandang, kalian boleh menyemak senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.
The post BAP – Bantuan Tunai RM150 Untuk Setiap Pelajar Tahun 2025 appeared first on Carianterbaru.