BANTUANSkim Khairat KematianSKKSTR

Bantuan Tambahan RM1000 : Untuk Penerima STR 2024

Bantuan Tambahan RM1000 Untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dituntut pada tahun ini secara one-off. Untuk makluman umum, inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini merupakan sebahagian insentif di bawah Belanjawan 2024.

BANTUAN TAMBAHAN RM1000

Tahukah kalian, pihak kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan pemberian insentif tambahan kepada penerima STR bagi tahun ini. Program inisiatif istimewa ini dilaksana dan dikendalikan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan Bank Simpanan Nasional.

Bantuan ini dikenali sebagai Skim Khairat Kematian (SKK) dimana amat memberi manfaat kepada penerima STR jika berlaku kematian. Insentif RM1000 ini boleh dituntut jika berlaku kematian keatas penerima STR ataupun pasangan penerima yang meninggal dunia.

Setiap penerima STR sedia ada perlu tahu berkenaan kewujudan skim khas ini kerana sangat memberi manfaat jika berlaku musibah. Dengan adanya insentif ini dapat meringankan beban kos pengurusan kematian kepada ahli keluarga.

KELAYAKAN ASAS TUNTUT BANTUAN TAMBAHAN RM1000

Berikut adalah beberapa kriteria kelayakan asas yang telah ditetapkan pihak kerajaan bagi tuntutan SKK RM1000 secara one-off seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Merupakan penerima berstatus lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  • Kategori isi rumah dan warga emas tiada pasangan
  • Tempoh meninggal dunia 1 Januari sehingga 31 Disember 2024.

Tuntutan bantuan khas SKK ini boleh dituntut oleh pasangan si mati dan jika tiada, pewaris yang berdaftar boleh melakukan tuntutan. Waris yang layak didaftarkan adalah seperti berikut :

  • Ibu
  • Bapa
  • Pasangan
  • anak
  • Adik-beradik
  • Cucu.

Nota : Untuk waris yang berumur 17 tahun dan ke bawah, surat bukti pertalian darah seperti kad pengenalan perlu disertakan semasa tuntutan.

PANDUAN TUNTUTAN BANTUAN TAMBAHAN SKK

Kepada mereka yang berkelayakan, tuntutan bantuan khas SKK ini boleh dilakukan sepanjang tahun ini. Panduan cara tuntut dan butiran lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – SKK 2024

Untuk makluman, bantuan ini diberikan secara automatik kepada penerima STR dan tiada sebarang permohonan perlu dilakukan. Tuntutan boleh dilakukan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah ditawarkan kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat.

The post Bantuan Tambahan RM1000 : Untuk Penerima STR 2024 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button