Bantuan RM450 untuk B40 akan mula disalurkan secara berperingkat pada awal bulan hadapan kepada rakyat Malaysia. Pemberian insentif RM450 kepada golongan B40 merupakan inisiatif kerajaan yang bertujuan membantu mereka yang dalam kategori berpendapatan rendah.
Bantuan ini dikreditkan secara automatik kepada penerima yang layak tanpa perlu mengemukakan sebarang permohonan, menjadikan proses lebih efisien dan mudah. Bayaran bantuan khas ini akan disalurkan secara one-off.
BANTUAN RM450 UNTUK B40
Pihak kerajaan telah umumkan pemberian Sumbangan Asas Rahmah ini bagi kategori B40 (Bukan miskin tegar). Jumlah RM450 ini akan dipecahkan kepada kategori yang terlibat iaitu bujang, warga emas dan isi rumah.
Bantuan khas ini akan dikreditkan pada 9 Disember 2024 secara berperingkat. Kadar bayaran bagi bantuan ini adalah berjumlah RM300 untuk isi rumah dan RM150 untuk individu bujang dan warga emas dari kelompok B40.
Sesuai dengan keperluan asas penerima, tujuan utama pemberian bantuan ini adalah untuk membeli barangan keperluan asas, utiliti dan pendidikan. Bagi mereka yang ingin mengetahui status kelayakan, semakan boleh dilakukan secara online tanpa memerlukan sebarang permohonan.
Hanya warganegara Malaysia yang merupakan penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 yang layak untuk membuat semakan ini. Sistem semakan yang mudah diakses ini membantu memastikan bahawa bantuan dapat disalurkan dengan tepat dan efisien kepada yang berhak.
Untuk cek status kelayakan sila layari laman rasmi – MySTR untuk rujukan selengkapnya. Bagi pengetahuan umum, ini adalah bayaran fasa akhir yang akan dilaksanakan bagi sesi tahun ini.
The post Bantuan RM450 Untuk B40 : Kelayakan Penerima appeared first on Carianterbaru.