BANTUANMyKadSARA

Bantuan MyKad RM50 & RM100 : Dikreditkan Setiap Bulan

Bantuan MyKad RM50 & RM100 telah dikreditkan secara berperingkat setiap bulan bermula Januari 2024 sehingga Disember 2024. Untuk makluman umum, pemberian inisiatif khas ini adalah khusus untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah sahaja.

BANTUAN MYKAD RM50 & RM100 SETIAP BULAN

Pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi sesi tahun 2024. Bantuan ini disalurkan kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tanpa perlu kemukakan permohonan.

Sekitar 700,000 penerima STR pada tahun ini akan mendapatkan manfaat yang ditawarkan melalui program Mykasih SARA ini. Untuk makluman, terdapat 2 kaedah pembayaran bagi bantuan khas SARA bagi tahun 2024.

Bagi penerima STR di semenanjung, bayaran akan dikreditkan ke dalam MyKad pada kadar RM50 dan RM100 setiap bulan sehingga hujung tahun. Manakala untuk penerima STR di negeri Sabah, Sarawak dan labuan pula, bayaran dikreditkan melalui BSN pada bulan Februari dan Ogos 2024.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN MYKAD RM100

Seperti sedia maklum, pemberian insentif tambahan MySARA ini tidak memerlukan sebarang permohonan. Bantuan diberikan mengikut kategori kelayakan seperti :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024
  • Kategori isi rumah, warga emas dan bujang
  • Berstatus miskin dan miskin tegar.

KADAR BAYARAN & JADUAL BAYARAN BANTUAN MYKAD

Kerajaan perpaduan telah menetapkan kadar jumlah bayaran Sumbangan Asas Rahmah mengikut kategori seperti berikut :

STATUS MISKIN & MISKIN TEGAR

  • RM1,200 : Penerima STR kategori isi rumah dan warga emas
  • Semenanjung – Bayaran RM100 disalurkan setiap bulan selama 12 bulan
  • Sabah, Sarawak dan Labuan – Bayaran RM600 disalurkan 2 kali setahun
  • RM600 : Penerima STR kategori bujang
  • Semenanjung – Bayaran RM50 disalurkan setiap bulan selama 12 bulan
  • Sabah, Sarawak dan Labuan – Bayaran RM300 disalurkan 2 kali setahun

STATUS ‘BUKAN’ MISKIN & MISKIN TEGAR

  • RM150 : Penerima STR kategori bujang dan warga emas
  • RM300 : Penerima STR kategori isi rumah
  • Bagi pembayaran status bukan miskin dan miskin tegar akan dimaklumkan pada masa terdekat.

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD (MYKASIH SARA)

Jika anda merupakan penerima STR pada tahun ini, semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif SARA ini boleh dilakukan secara dalam talian. Untuk rujukan penuh, sila layari laman portal rasmi bantuan – MyKASIH SARA

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Bantuan MyKad RM50 & RM100 : Dikreditkan Setiap Bulan appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button