BANTUANMAIDAM

Bantuan Awal MAIDAM 2024 : Syarat Kelayakan & Cara Mohon

Bantuan Awal MAIDAM 2024 adalah merupakan sebuah inisiatif yang disediakan kepada para pelajar yang berkelayakan. Kerajaan negeri telah menyediakan skim bantuan ini khusus buat golongan belia yang sedang menuntut ilmu.

PROGRAM BANTUAN AWAL MAIDAM 2024

Dalam usaha kerajaan persekutuan dan negeri bagi meringankan beban penjaga/ ibu bapa, pelbagai jenis skim bantuan telah dilaksanakan. Salah satu bantuan yang masih dibuka dan boleh dimohon adalah melalui bantuan yayasan pendidikan MAIDAM.

Pemberian bantuan khas ini ditawarkan kepada para pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi tidak kira dalam atau luar negara. Inisiatif ini diadakan adalah bagi membantu menampung kos keperluan pengajian anak-anak sehingga peringkat pengajian tinggi.

KADAR BANTUAN AWAL MAIDAM

Kadar bayaran bantuan awal MAIDAM adalah dari RM600 hingga RM2,500. Jumlah ditentukan mengikut kategori seperti di bawah :

DIPLOMA

  • RM800 : Dalam negara
  • RM800 : Luar negara

SIJIL 

  • RM600 : Dalam negara

IJAZAH SARJANA MUDA

  • RM1,000 : Dalam negara
  • RM2,000 : Luar negara

SARJANA

  • RM1,200 : Dalam negara
  • RM2,500 : Luar negara

PHD

  • RM1,500 : Dalam negara.

Nota : Kepada pemohon yang lulus, bayaran bantuan akan disalurkan melalui EFT atau kaedah bayaran yang bersesuaian lainnya.

KELAYAKAN BANTUAN MAIDAM 2024

Berikut adalah syarat asas kelayakan bantuan khas MAIDAM tahun ini seperti :

  • Dibuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Beragama islam, baligh dan berakal
  • Pemohon dan ibu bapa adalah anak negeri Terengganu atau menetap di Terengganu
  • Pelajar baru yang telah diterima masuk di institusi pengajian tinggi dan permohonan sah dalam masa tempoh 3 bulan
  • Sebarang bidang pengajian yang berkaitan dengan industri hiburan tidak layak untuk menerima bantuan ini.

PANDUAN MOHON BANTUAN MAIDAM

Untuk yang berkeperluan dan berkelayakan, permohonan boleh dibuat secara dalam talian sepanjang tahun ini. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – MAIDAM 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan boleh dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Bantuan Awal MAIDAM 2024 : Syarat Kelayakan & Cara Mohon appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button