AwASInfoLokasiLokasi Kamera

AwAS : Senarai Lokasi Kamera JPJ Seluruh Malaysia

AwAS : Senarai Lokasi Kamera JPJ seluruh Malaysia yang telah menggantikan kamera AES dengan fungsi lebih canggih.

AwAS : SENARAI LOKASI KAMERA DILETAKKAN

Kepada yang tidak tahu atau terlepas pandang, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan kamera Automated Awareness Safety System (AwAS). Pada waktu ini adalah dalam fasa peralihan penggantian kamera AES kepada AwAS.

Penukaran kamera ini dilakukan kerana fungsi AwAS lebih canggih dan lebih baik untuk pengguna jalanraya. Dengan adanya sistem kamera AwAS ini pihak JPJ yakin dapat meningkatkan peratusan keselamatan jalan raya di negara ini.

REKA BENTUK & FUNGSI KAMERA AwAS

Untuk pengetahuan umum, kamera AwAS ini dibekalkan oleh pihak syarikat Ekin yang telah memenangi anugerah inovasi di Jerman pada tahun 2022. Apa yang menarik adalah kamera ini dilengkapi dengan kemampuan pengawasan 360 darjah.

Dengan reka bentuk gaya ringkas berwarna hitam seperti tiang lampu jalan ini mampu meninjau perubahan persekitaran. Kamera AwAS ini mampu memantau kenderaan dari semua sudut arah dan memberi pengawasan lebih tepat.

Kamera AwAS yang baru ini turut menggunakan teknologi Automated Number Plate Recognition (ANPR) bagi pengecaman lebih jelas. Selain dari pengenalpasti had laju, kamera ini juga dapat mengesan kenderaan yang membuat pusingan U tidak sah dan pelanggaran lampu isyarat.

SENARAI LOKASI KAMERA AwAS TERKINI

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan senarai rasmi lokasi penempatan kamera AwAS ini mengikut kawasan lebuhraya seperti di bawah :

JOHOR

  • KM 151.4 Lebuhraya PLUS – Pagoh (Arah utara)
  • KM 146.8 Lebuhraya PLUS – Pagoh (Arah selatan)
  • KM 1 Lebuhraya PLUS – Johor bahru (Arah utara)
  • KM 1 Lebuhraya PLUS – Johor bahru (Arah selatan)

MELAKA

  • KM 214.4 Lebuhraya PLUS – Alor Gajah (Arah selatan)
  • KM 214.4 Lebuhraya PLUS – Alor Gajah (Arah utara)
  • KM 184.2 Lebuhraya PLUS – Alor Gajah (Arah selatan)
  • KM 185 Lebuhraya PLUS – Alor Gajah (Arah utara)

SELANGOR

  • KM 18 Lebuhraya GCE (Arah utara)
  • KM 18 Lebuhraya GCE (Arah selatan)
  • KM 28.4 Lebuhraya ELITE (Arah utara)
  • KM 17 Lebuhraya ELITE (Arah selatan)

NEGERI SEMBILAN

  • KM 21 Lebuhraya Kajang ke Seremban (LEKAS) (Arah selatan)
  • KM 21 Lebuhraya Kajang ke Seremban (LEKAS) (Arah utara)

TERENGGANU

  • KM 256.1 – LPT 1
  • KM288.6 – LPT 2

Nota : Senarai lokasi diatas mungkin akan berubah dan dikemaskini dari semasa ke semasa. Untuk butiran lebih terperinci dan lengkap, sila ke laman rasmi – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif sepanjang tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Untuk semakan lanjut sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post AwAS : Senarai Lokasi Kamera JPJ Seluruh Malaysia appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button