Panduan Semakan STR 2026 (Sumbangan Tunai Rahmah) berkenaan jumlah bantuan dan cara kemaskini disediakan pada halaman ini.
SEMAKAN STR 2026

Seperti yang telah dimaklumkan, perlaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diteruskan pada tahun hadapan. Kerajaan telah umum jumlah keseluruhan STR bagi sesi 2026 adalah sehingga RM2,200 setahun.
Kategori penerima STR pada tahun hadapan adalah warga emas dan isi rumah sahaja, bagi kategori bujang tidak akan menerima sebarang bayaran. Bermula tahun 2026, penerima berstatus bujang hanya akan menerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Peruntukan bantuan STR dan SARA tahun 2026 adalah sebanyak RM15 bilion yang memberi manfaat kepada 9 juta penduduk Malaysia. Bagi memastikan bantuan ini layak untuk diterima pada tahun hadapan, setiap individu perlu kemaskini maklumat terkini.
PANDUAN KELAYAKAN PENERIMA STR 2026
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sesi tahun 2026 :
- Status isi rumah B40 : Pendapatan/ gaji tidak melebihi RM2,500 sebulan.
- Status isi rumah M40 : Pendapatan/ gaji tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Status warga emas : Individu berusia 60 tahun keatas dengan pendapatan/ gaji tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Status bujang : Individu berumur 21 tahun sehingga 59 tahun tidak layak menerima STR 2026.
KADAR JUMLAH STR 2026 MENGIKUT KATEGORI

Sebagai rujukan, berikut dikongsikan kadar jumlah keseluruhan STR 2026 yang akan dikreditkan mengikut setiap kategori :
BERKAHWIN/ ISI RUMAH B40
- RM2,200 setahun : Mempunyai tanggungan anak lebih 5 orang
- RM1,700 setahun : Mempunyai tanggungan anak 3-4 orang
- RM1,200 setahun : Mempunyai tanggungan anak 1-2 orang
- RM700 setahun : Tidak mempunyai tanggungan anak
BERKAHWIN/ ISI RUMAH M40
- RM950 setahun : Mempunyai tanggungan anak lebih 5 orang
- RM700 setahun : Mempunyai tanggungan anak 3-4 orang
- RM450 setahun : Mempunyai tanggungan anak 1-2 orang
- RM200 setahun : Tidak mempunyai tanggungan anak
Nota : Kadar bayaran diatas akan dikreditkan secara berperingkat/ berfasa sepanjang tahun 2026.
PANDUAN SEMAKAN / KEMASKINI STR 2026
Bagi pengetahuan umum, kerajaan kini telah membuka portal untuk semakan kemaskini, pendaftaran baharu STR 2026. Kepada individu yang tidak membuat pengemaskinian STR lebih 30 tahun wajib untuk kemaskini maklumat terkini bagi mendapatkan manfaat pada tahun hadapan.
Untuk panduan lengkap cara daftar baharu dan kemaskini maklumat, sila layari laman pautan rasmi STR diĀ https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Pastikan anda sentiasa kemaskini maklumat bagi memastikan anda terima bayaran STR ini setiap tahun.
PENUTUP & LEBIH INFO
Sepanjang tahun kerajaan MADANI telah menyediakan bermacam program kemudahan dan inisiatif bantuan bagi memberi manfaat kepada penduduk yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada di laman utama atau sertai channel rasmiĀ WhatsApp Carianterbaru untuk rujukan lebih informasi.
The post Panduan Semakan STR 2026 (Sumbangan Tunai Rahmah) appeared first on CARIANTERBARU.