BANTUANSARASTR

Kadar Bantuan STR & SARA Tahun 2026 Mengikut Kategori

Kadar Bantuan STR & SARA tahun 2026 mengikut kategori telah diumumkan Perdana Menteri pada sidang Belanjawan baru-baru ini.

BANTUAN STR & SARA TERUS DILAKSANAKAN

KADAR STR SARA 2026

Pihak kerajaan telah mengumumkan perlaksanaan program bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diteruskan pada tahun 2026. Untuk makluman umum, kadar bayaran STR diturunkan dan SARA dinaikkan.

Kerajaan telah membuat penyesuaian semula terhadap bentuk dan kadar bantuan kepada setiap kategori penerima. Pada tahun hadapan, bantuan ini memberi fokus kepada golongan B40, M40 dan miskin tegar.

Kategori isi rumah akan menerima bayaran jumlah keseluruhan bantuan sama seperti tahun sebelumnya. Namun nilai bantuan tunai dikurangkan dan bantuan dalam bentuk kredit ewallet ditingkatkan untuk pembelian barang keperluan asas.

KADAR BANTUAN STR & SARA 2026 MENGIKUT KATEGORI

Bagi pengetahuan umum, kadar bayaran STR dan SARA bagi sesi 2026 tidak sama seperti tahun ini. Berikut dikongsikan perincian kadar bayaran bantuan tunai STR & SARA mengikut setiap kategori kelayakan :

KATEGORI ISI RUMAH (<RM2500) (B40)

  • Tiada anak (0) : RM700 (STR), RM1,200 (SARA) = RM1,900 Setahun.
  • Mempunyai bilangan anak (1-2) : RM1,200 (STR), RM1,200 (SARA) = RM2,400 setahun.
  • Mempunyai bilangan anak (3-4) : RM1,700 (STR), RM1,200 (SARA) = RM2,900 setahun.
  • Mempunyai bilangan anak (lebih 5) : RM2,200 (STR), RM1,200 (SARA) = RM3,400 setahun.

ISI RUMAH (<RM5000) (M40)

  • Tiada anak (0) : RM200 (STR), RM1,200 (SARA) = RM1,400 setahun.
  • Mempunyai bilangan anak (1-2) : RM450 (STR), RM1,200 (SARA) = RM1,650 setahun.
  • Mempunyai bilangan anak (3-4) : RM700 (STR), RM1,200 (SARA) = RM1,900 setahun.
  • Mempunyai bilangan anak (lebih 5) : RM950 (STR), RM1,200 (SARA) = RM2,150 setahun.

KATEGORI BUJANG (UMUR 21 – 59 TAHUN)

  • RM 0 (STR), RM600 (SARA) = RM600 setahun.

WARGA EMAS (60 TAHUN KEATAS)

  • RM600 (STR), RM600 (SARA) = RM1,200 setahun.

SARA TAMBAHAN

Bagi kategori miskin dan miskin tegar akan menerima bayaran SARA tambahan seperti berikut :

  • Tambahan RM600 setahun bagi kategori bujang.
  • Tambahan RM1,200 setahun bagi kategori isi rumah dan warga emas.

STR SARA 2026

Kepada setiap individu, anda boleh membuat semakan status dan pengemaskinian maklumat bantuan sekiranya berlaku secara perubahan. Untuk semak sila layari laman portal rasmi kerajaan disediakan dibawah :

PENUTUP & LEBIH INFO

Kerajaan MADANI akan melaksanakan lebih banyak program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi tahun 2026 untuk memberi manfaat kepada rakyat. Rujuk halaman utama atau sertai saluran WhatsApp Carianterbaru untuk dapatkan lebih info perkembangan terkini!

The post Kadar Bantuan STR & SARA Tahun 2026 Mengikut Kategori appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button