BANTUANFasa 4STRSumbanganTunaiRahmah

Semakan Kadar Bayaran STR Fasa 4 Yang Dikreditkan 18 Oktober

Semakan Kadar Bayaran STR Fasa 4 yang akan dikreditkan pada 18 Oktober ini mengikut setiap kategori penerima.

BAYARAN STR FASA 4 DIAWALKAN

Semakan Kadar Bayaran STR Fasa 4

Seperti sedia maklum, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa keempat adalah merupakan pembayaran terakhir bagi sesi 2025. Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan pengawalan pengagihan STR sempena sambutan perayaan Deepavali (pesta cahaya).

Pengagihan bayaran STR fasa 4 minggu hadapan ini akan memberi manfaat kepada sekitar 9 juta penduduk dari golongan bujang, isi rumah dan warga emas. Perlaksanaan program STR ini adalah bagi membantu meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung rakyat.

SEMAKAN KADAR BAYARAN STR FASA 4

Berikut dikongsikan jumlah yang akan dikreditkan mengikut kelayakan setiap kategori mulai 18 Oktober 2025 :

KATEGORI KELUARGA / ISI RUMAH (GOLONGAN B40)

  • Bilangan anak (0) : RM200
  • Bilangan anak (1-2) : RM350
  • Bilangan anak (3-4) : RM500
  • Bilangan anak (lebih 5) : RM700

KELUARGA / ISI RUMAH (GOLONGAN M40)

  • Bilangan anak (0) : RM100
  • Bilangan anak (1-2) : RM200
  • Bilangan anak (3-4) : RM250
  • Bilangan anak (lebih 5) : RM350

KATEGORI BUJANG (21 TAHUN KEATAS)

  • RM150

WARGA EMAS (60 TAHUN KEATAS)

  • RM150.

Nota : Amaun diatas akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun setiap penerima yang layak. Bagi penerima tiada kad bank, tuntutan secara tunai boleh dilakukan di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 18 Oktober 2025.

SEMAKAN TARIKH JADUAL RASMI BAYARAN STR MENGIKUT FASA

Kerajaan telah memaklumkan tarikh rasmi bayaran STR sesi 2025 mengikut fasa pembayaran seperti dibawah :

  • Pembayaran STR Fasa 1 : Bermula 22 Januari 2025 (selesai)
  • Pembayaran STR Fasa 2 : Bermula 29 April 2025 (selesai)
  • Pembayaran STR Fasa 3 : Bermula 12 Ogos 2025 (selesai)
  • Pembayaran STR one-off RM100 : Bermula 31 Ogos 2025 (selesai)
  • Pembayaran STR Fasa 4 : Bermula 18 Oktober 2025 (dalam proses).

Sementara menunggu proses pengkreditan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa 4 pada 18 Oktober ini. Setiap individu boleh membuat semakan status bayaran dan kemaskini maklumat melalui laman portal rasmi MySTR diĀ https://bantuantunai.hasil.gov.my/

PENUTUP & MAKLUMAT LANJUT

Pelbagai program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah ditawarkan oleh kerajaan sepanjang tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan, rujuk pada laman utama!

The post Semakan Kadar Bayaran STR Fasa 4 Yang Dikreditkan 18 Oktober appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button