BANTUANFASA 3Isi RumahSTR 2025

Isi Rumah Dapat RM650 : STR Fasa 3 Telah Mula Disalurkan

Isi Rumah Dapat RM650 – Kategori berkeluarga akan menerima bayaran STR fasa 3 bermula hari ini, 12 0gos 2025. Pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa ketiga ini akan melibatkan kategori belia bujang, warga emas dan isi rumah.

KATEGORI ISI RUMAH DAPAT RM650

STR FASA 3 ISI RUMAH

Pihak kerajaan baru sahaja memaklumkan perlaksanaan kredit Sumbangan Tunai Rahmah Fasa ketiga bermula hari ini. Peruntukan sebanyak RM2 bilion ini akan memberi manfaat kepada lebih 9 juta penduduk Malaysia dalam program STR 2025.

Mulai hari ini, penerima boleh membuat semakan secara langsung melalui laman portal rasmi STR untuk ketahui lebih lanjut berkenaan pembayaran. Pengagihan dijalankan secara berperingkat melalui kredit ke dalam akaun bank dan tebus tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Sebagai rujukan umum, berikut dikongsikan kadar bayaran STR fasa ketiga mengikut setiap kategori :

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500)

  • RM150 : Tiada anak (0)
  • RM300 : Mempunyai bilangan anak (1-2)
  • RM500 : Mempunyai bilangan anak (3-4)
  • RM650 : Mempunyai bilangan anak (lebih 5)

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000)

  • RM150 : Tiada anak (0)
  • RM200 : Mempunyai bilangan anak (1-2)
  • RM250 : Mempunyai bilangan anak (3-4)
  • RM300 : Mempunyai bilangan anak (lebih 5)

KATEGORI BUJANG & WARGA EMAS

  • RM150 : Belia bujang berumur 21 tahun keatas
  • RM150 : Warga emas berumur 60 tahun keatas.

Untuk makluman umum, dibawah dikongsikan jadual rasmi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2025 mengikut fasa :

  • Bayaran STR fasa 1 : Januari 2025 (selesai)
  • Bayaran STR fasa 2 : April 2025 (selesai)
  • Bayaran STR fasa 3 : Ogos 2025 (dalam proses)
  • Bayaran STR fasa 4 : November 2025 (akan dikemaskini).

Segala maklumat berkenaan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebagai rujukan masyarakat.

Bagi yang terlepas dan bukan penerima, kerajaan MADANI membuka permohonan baharu dan rayuan sepanjang tahun ini bagi memastikan mereka yang layak dapat menerima manfaat. Untuk kemaskini dan semakan status berapa bayaran yang anda terima, sila rujuk pada laman portal rasmi – https://bantuantunai.hasil.gov.my/

KESIMPULAN

Selain STR, terdapat banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan sepanjang tahun ini oleh kerajaan perpaduan bagi membantu golongan memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai panduan umum.

The post Isi Rumah Dapat RM650 : STR Fasa 3 Telah Mula Disalurkan appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button