BANTUANKewangan dan BantuanSTR 2025

Tarikh Bantuan Duit STR 2025 Mengikut Fasa Telah Diumumkan!

Tarikh bantuan duit STR 2025 mengikut fasa telah diumumkan oleh kerajaan dibawah Kementerian Kewangan bagi rujukan umum masyarakat. Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan bagi menyokong masyarakat di dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Dengan pembentangan belanjawan untuk tahun 2025 yang penuh perhatian, program ini dirancang untuk memberikan bantuan khusus kepada golongan yang memerlukan.

BANTUAN STR

TARIKH BANTUAN DUIT STR 2025 MENGIKUT FASA

Tarikh bantuan duit STR untuk tahun 2025 telah diumumkan dan menjadi panduan kepada masyarakat untuk merancang kelangsungan hidup mereka. Pengumuman ini termasuk fasa-fasa tertentu yang menunjukkan bila bayaran akan disalurkan kepada penerima yang layak.

Pihak Kementerian Kewangan berharap dengan makluman awal ini, semua penerima dapat bersiap sedia untuk berbincang dan merancang pengurusan kewangan masing-masing. Sebagai panduan, dibawah disediakan tarikh rasmi bayaran STR 2025 mengikut fasa yang ditetapkan ;

  • Fasa pertama STR dikreditkan : 22 Januari 2025
  • Fasa kedua STR dikreditkan : 4 April 2025
  • Fasa ketiga STR dikreditkan : Ogos 2025 (tarikh akan dimaklumkan)
  • Fasa keempat STR dikreditkan : November 2025 (tarikh akan dimaklumkan).

Inisiatif bantuan ini bukan sahaja bertujuan untuk memberi sokongan kewangan, tetapi juga membantu mendorong masyarakat untuk merangkumi pelbagai aspek dalam perbelanjaan seharian mereka.

Dengan adanya sokongan ini, diharapkan para penerima dapat menggunakan bantuan tersebut dengan bijak untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan keluarga mereka. Keprihatinan dan komitmen kerajaan melalui program ini menunjukkan usaha untuk menggalakkan kesejahteraan umum secara keseluruhan.

BANTUAN STR 2025

KATEGORI APA YANG LAYAK BANTUAN TUNAI STR?

Untuk makluman umum, berikut adalah kriteria penerima Sumbangan Tunai Rahmah sesi 2025 ;

  • Warganegara Malaysia
  • Kategori bujang, warga emas dan berkeluarga
  • Pendapatan dibawah RM5000 sebulan (golongan B40, M40 dan miskin).

Nota : Pemberian STR tahun ini memberi manfaat kepada lebih 9 juta penerima daripada 30 juta penduduk Malaysia.

BILA BAYARAN BANTUAN DUIT STR FASA BERIKUTNYA?

Buat masa ini, tarikh rasmi bayaran STR fasa 3 masih belum dimaklumkan dan apa yang pasti bantuan akan disalurkan selewatnya pada bulan hadapan (Ogos) 2025. Maklumat berkenaan tarikh pembayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

JUMLAH BANTUAN STR 2025 MENGIKUT KATEGORI

  • Kategori bujang B40 : RM600 setahun
  • Kategori warga emas B40 : RM900 setahun
  • Kategori isi rumah B40 : RM2500 setahun
  • Kategori isi rumah M40 : RM1250 setahun.

Bagi kategori berkeluarga / isi rumah, bayaran ditentukan mengikut bilangan tanggungan anak berumur 18 tahun kebawah.

KEMASKINI MAKLUMAT & SEMAKAN STATUS BAYARAN SETIAP FASA

Rakyat Malaysia boleh membuat pengemaskinian maklumat terkini sekiranya mempunyai sebarang perubahan. Untuk semak status bayaran setiap fasa dan kemaskini maklumat, sila layari laman web rasmi – MySTR 2025

LEBIH INFORMASI BANTUAN

Sepanjang tahun ini kerajaan tempatan telah menyediakan bermacam jenis kemudahan dan program bantuan kewangan khusus meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – CEK DISINI sebagai panduan semua.

The post Tarikh Bantuan Duit STR 2025 Mengikut Fasa Telah Diumumkan! appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button