Senarai Lokasi Kamera AwAS Terkini Seluruh Malaysia
Senarai Lokasi Kamera AwAS – Dalam usaha meningkatkan keselamatan jalanraya, kerajaan telah lancarkan pemasangan kamera AES (Automated Enforcement System). Sistem ini beroperasi di bawah (AwAS) telah menjadi satu keperluan yang tidak boleh dipandang ringan.
Untuk makluman, senarai lokasi kamera awas terkini seluruh Malaysia telah dikemaskini tahun 2025 sebagai panduan umum masyarakat. Fungsi utama sistem ini adalah untuk mengawal dan memantau pelanggaran peraturan lalu lintas serta had laju yang ditetapkan.
Tujuan dan Manfaat Pemasangan Kamera AwAS
Pemasangan kamera awas terutamanya di lebuhraya utama bertujuan untuk meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya dan mengurangkan kadar kemalangan. Dengan adanya sistem kamera ini, diharapkan pemandu akan lebih berdisiplin dan patuh kepada peraturan lalu lintas.
Selain itu, ia juga menjadi salah satu langkah pencegahan kemalangan yang berkesan melalui pemantauan yang berterusan. Inisiatif Automated Awareness Safety System (AwAS) ini lebih canggih kerana kamera berfungsi 360 darjah dan dapat mengesan penggerakan lebih teliti.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyarankan pengguna jalanraya lebih berhati-hati ketika memandu. Dengan adanya inisiatif seperti ini dapat kurangkan kadar kemalangan dan meningkatkan kesedaran pengguna jalanraya.
Senarai Lokasi Kamera Awas Terkini 2025
Senarai lokasi kamera awas terkini yang telah dikemaskini pada tahun 2025, memberikan informasi yang berguna kepada pemandu untuk lebih berwaspada semasa memandu. Lokasi-lokasi tersebut merangkumi beberapa lebuhraya utama di seluruh negara.
Dengan maklumat ini, adalah penting bagi masyarakat untuk merujuk kepada senarai tersebut dan mematuhi had laju yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya terjamin.
Berikut adalah senarai lokasi AwAS yang telah dikemaskini ;
- Johor (KM 1 lebuhraya PLUS JB, KM 146.8 lebuhraya PLUS Pagoh)
- Melaka (KM 151.4 Lebuhraya PLUS Pagoh, KM 185 Lebuhraya PLUS Bemban, KM 214.4 Lebuhraya PLUS Alor ajah)
- Negeri Sembilan (KM 21 lebuhraya LEKAS Kajang Seremban)
- Wilayah Persekutuan (KM 1.6 Jalan lebuh Sentosa)
- Selangor (KM 17 Lebuhraya Elite, KM 18 Lebuhraya Gutrie, KM 301.6 Lebuhraya PLUS Kajang, KM 6.6 Puchong SKVE)
Untuk maklumat lokasi penuh kamera AwAS di lebuhraya dan lampu isyarat seluruh negara, anda boleh rujuk di laman rasmi – Kamera AwAS (JPJ)
RUMUSAN LANJUT
Pelbagai inisiatif dan kemudahan telah disediakan sepanjang tahun ini oleh kerajaan MADANI bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Senarai Lokasi Kamera AwAS Terkini Seluruh Malaysia appeared first on Carianterbaru.