MyLesen

Program Mylesen 2025 : Bantuan Lesen Memandu Percuma

Program MyLesen 2025 masih diteruskan pada tahun ini untuk memberi manfaat kepada rakyat terutama golongan B40 dan tanggungan. Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan penerusan program Mylesen B2.

Program ini bertujuan membantu golongan belia, terutamanya mereka yang memerlukan dan kurang berkemampuan, untuk mendapatkan lesen memandu Malaysia (LMM) secara percuma. Inisiatif ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam membantu meringankan beban kewangan peserta yang ingin mengambil lesen memandu.

PROGRAM MYLESEN 2025 DITERUSKAN

Perlaksanaan program Mylesen B2 memberi peluang kepada golongan belia yang tidak mampu untuk mempelajari kemahiran memandu dan mendapatkan lesen memandu motorsikal kelas B2 tanpa sebarang kos. Dengan adanya pendidikan memandu serta keupayaan untuk memiliki lesen, peserta akan lebih berdaya saing dalam pasaran pekerjaan.

Kemudahan program ini ditawarkan khusus kepada golongan B40 dan tanggungan.

Selain itu, mereka juga dapat meningkatkan mobiliti dan akses kepada peluang yang lebih baik. Dengan adanya perlaksanaan program seperti ini kerajaan yakin mampu mengurangkan kemalangan dan meningkatkan individu memiliki lesen memandu yang sah.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program ini, pendaftaran boleh dilakukan melalui laman web rasmi MOT atau JPJ. Dokumen pengenalan diri dan bukti keadaan kewangan mungkin diperlukan sebagai syarat untuk permohonan.

Oleh itu, pastikan anda menyediakan semua dokumen yang diperlukan bagi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar. Pendaftaran dibuka selagi kuota masih ada dan akan ditutup jika kuota telah dipenuhi.

APAKAH KRITERIA KELAYAKAN MYLESEN B2 TAHUN 2025?

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan program bantuan lesen memandu percuma tahun ini :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Individu berumur 16 hingga 35 tahun;
  3. Berstatus belia / pelajar sekolah menengah atau pelajar dari institusi pengajian;
  4. Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan;
  5. Sihat fizikal dan mental;
  6. Bebas dari senarai hitam mahkamah, JPJ dan PDRM;
  7. Tidak pernah memiliki lesen memandu.

APA TAWARAN DI BAWAH PROGRAM BANTUAN INI?

Kad lesen memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (jenis motorsikal tidak melebihi 250 cc). Peserta yang layak akan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan lesen selesai.

PANDUAN DAFTAR MYLESEN

Untuk makluman umum, pihak berwajib telah memaklumkan program khas mylesen ini dibuka untuk memberi manfaat kepada sekitar 15,000 peserta pada tahun ini. Pendaftaran untuk menyertai program ini boleh dibuat secara terus melalui pejabat JPJ negeri.

Untuk butiran selengkapnya dan panduan program ini, anda boleh rujuk pada halaman rasmi – MyLesen (JPJ)

KESIMPULAN

Pada tahun ini kerajaan MADANI telah melancarkan pelbagai program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Program Mylesen 2025 : Bantuan Lesen Memandu Percuma appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button