BANTUANBiasiswaBiasiswa dan Pendidikanscholarship programShell Malaysia

Bantuan Biasiswa Shell Malaysia 2025 : Permohonan Kini Dibuka

Bantuan biasiswa Shell Malaysia kini telah dibuka untuk sesi tahun 2025 kepada semua pelajar yang bercita-cita untuk membina kerjaya dalam industri tenaga. Ini merupakan peluang yang sangat baik bagi para pelajar yang ingin meneruskan pengajian dalam bidang berkaitan tenaga dan sumber.

Tawaran program biasiswa ini bertujuan untuk menyokong pelajar dengan memberikan bantuan kewangan yang diperlukan.

PROGRAM BANTUAN BIASISWA SHELL MALAYSIA 2025

Pihak Shell Malaysia menyeru semua pelajar yang mempunyai minat kearah mendapatkan kerjaya dalam industri tenaga untuk mohon biasiswa ini. Shell telah membuka permohonan tahunan bagi pelajar mengikuti peluang pendidikan tinggi tersebut.

Untuk memohon biasiswa ini, pelajar perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan yang ditetapkan. Pelajar wajib mendaftar dalam program berkaitan tenaga di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.

Proses pendaftaran permohonan adalah mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian. Pemohon perlu mengisi borang permohonan, bersama dengan dokumen sokongan seperti transkrip akademik dan surat pengesahan pendaftaran.

Program ini menawarkan peluang kepada pelajar yang berjaya untuk mengikuti pengajian sarjana muda di Universiti Global terkemuka. Mereka yang layak akan dapat peluang bimbingan dan latihan amali.

MANFAAT & CARA MOHON BANTUAN BIASISWA SHELL

Manfaat utama program biasiswa ini adalah bantuan kewangan yang berpotensi membantu pelajar menampung yuran pengajian serta keperluan hidup sepanjang pengajian mereka. Selain itu, penerima biasiswa juga akan berpeluang menyertai program latihan dan internship yang dianjurkan oleh Shell, memberi mereka pengalaman praktikal dan meningkatkan kebolehan diri di dalam industri tenaga.

Pelajar yang berminat digalakkan untuk memohon sebelum tarikh tutup permohonan pada 14 Mei 2025. Untuk semak kelayakan dan panduan mendaftar program biasiswa ini, sila layari laman web rasmi biasiswa – SHELL MALAYSIA

Kepada pemohon yang telah kemukakan permohonan, keputusan pemilihan akan dimaklumkan pada akhir bulan Julai 2025. Untuk lebih informasi berkenaan biasiswa ini, anda boleh rujuk pada halaman utama diatas.

LEBIH LANJUT

Pelbagai tawaran kemudahan, program biasiswa dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan MADANI sepanjang tahun ini. Kepada yang terlepas pandang, anda boleh semak senarai bantuan yang ada – SEMAK DISINI untuk rujukan lebih lanjut.

The post Bantuan Biasiswa Shell Malaysia 2025 : Permohonan Kini Dibuka appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button