Bantuan RM200 Setiap Bulan Melalui Program Latihan Perantis
Bantuan RM200 setiap bulan kini dapat dimanfaatkan oleh individu belia yang berkelayakan melalui Program Latihan Perantis 2025. Program ini bertujuan untuk membantu belia dalam meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran mereka di pasaran kerja yang semakin kompetitif.
Di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), program ini menggariskan usaha untuk memberikan sokongan kepada belia dalam mencipta peluang pekerjaan.
PROGRAM BANTUAN RM200 SETIAP BULAN
Kerajaan dengan kerjasama agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai bantuan latihan perantis (BLP). Melalui program ini mereka yang menyertai akan menerima insentif / elaun / bantuan berjumlah RM200 sebulan.
Setiap belia yang berusia antara 18 hingga 30 tahun adalah digalakkan untuk memohon bantuan ini. Pemohon perlu memenuhi kriteria kelayakan tertentu, termasuk tahap pendidikan dan kesudian untuk menghadiri kursus latihan.
Dengan bantuan ini, belia akan memperoleh sokongan kewangan serta pendedahan kepada latihan praktikal yang diperoleh melalui Program Latihan Perantis. Program ini disediakan pihak JKM dibawah bajet Belanjawan 2025.
Tujuan utama perlaksanaan program BLP ini adalah bagi membantu golongan memerlukan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau peluang sambil bekerja. Bantuan ini ditawarkan khusus kepada klien JKM, anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan atau menggangur serta bekas pelatiha dan bekas penghuni JKM.
SIAPA LAYAK MOHON BANTUAN RM200 SETIAP BULAN BLP INI?
Kepada yang berminat memohon, kriteria kelayakan yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut ;
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini;
- Berumur 16 tahun keatas hingga 35 tahun mengikut kesesuaian
- Merupakan anak-anak penerima bantuan atau bekas-bekas pelatih / penghuni dari institusi kebajikan
- Golongan OKU berdaftar yang mempunyai kemampuan mengikuti kemahiran dan latihan yang disediakan.
BAGAIMANA CARA MOHON BANTUAN RM200 BLP?
Proses untuk memohon bantuan latihan ini sememangnya mudah. Para pemohon perlu mendaftar secara dalam talian melalui laman web – https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/blp .
Setelah pendaftaran berjaya, pemohon akan menerima makluman lanjut mengenai kursus-kursus yang ditawarkan dan langkah-langkah seterusnya. Bantuan RM200 bulanan ini bukan sahaja sebagai insentif, tetapi juga sebagai tanda komitmen kerajaan dalam membantu belia membina masa depan yang lebih cerah.
PERSOALAN & RUJUKAN
Jika anda mempunyai sebarang persoalan dan rujukan butiran lengkap, anda boleh hubungi talian khas agensi perlaksanaan JKM di 03-8000-8000.
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Selain BLP terdapat lebih banyak lagi program inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan sepanjang tahun ini kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post Bantuan RM200 Setiap Bulan Melalui Program Latihan Perantis appeared first on Carianterbaru.